Posts

Showing posts from July 21, 2012

Selesai 1 Ramadhan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahatera semua. Alhamdulillah 1 Ramadhan telah melabuhkan tirainya dengan masuknya azan maghrb sebentar tadi. Alhamdulillah juga dengan rezeki berbuka yang ada dirumah patik. Kebetulan pula 1 Ramadhan jatuh pada hari sabtu, patik pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang kekampung untuk sama-sama berbuka dengan keluarga.  Begitu juga dengan rumah patik, adik beradik patik juga pulang untuk sama-sama berbuka puasa bersama. Bila dah ramai-ramai ni, memang macam-macam laaa juadah makanan yang akan munculnya. Untuk berbuka kali ni, mak patik telah masak untuk kami soto dan juga lauk-lauk lain. Patik ni jenis makan senang jee. Apa yang mak masak, patik akan belasah jee.  Sekian untuk kali ni. Patik pun nak sedia-sedia nak ke surau dekat rumah patik ni untuk bersolat sunat terawikh. Semoga bulan puasa kali ni akan menjadikan ibadah kita setanding dengan pertambahan usia kita. InsyaAllah. -Ahmad Fauzi Aryaan-