Posts

Showing posts from July 22, 2012

Kisah ramadhan masa kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Naahhh malam ni dah masuk terawih malam yang ke3 dah ni. So kejap lagi kita semua akan kesurau atau masjid untuk bertarawih dan seterusnya akan bersahur untuk hari ke3 kan. Bila sebut sahur ni, patik sure ade diantara kita punya kisah yang tak dapat dilupakan. Begiu juga dengan patik teringat masa sahur zaman kecil-kecil dulu. Nak dijadikan cerita, kami adik beradik masa kecil akan bangun sahur. Kalau payah bangun mesti mak abah akan renjiskan  dengan air kat muka. Bila semua adik beradik dah duduk mengadap juadah, mak akan baca niat kuat-kuat depan kami supaya kami semua tak lupa untuk berniat.  "Nawaitu saumaghadin anadai fadhu syahri ramadhona hazihissanati lillahitala" Haaa begitu laaa mak akan melaung setiap hari diwaktu sahur. Begitu laaa kisah kecil-kecil. Bila dah besar ni, tiada dah laungan sebegitu sebab kami semua dah besar-besar. Tapi bila teringat zaman tu memang akan terukir senyuman di wajah patik. S

JOM JOIN GIVE AWAY EDY

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. -Click dekat banner untuk menyertai- Waahhh lame gak patik tak terjebak dengan join give away dekat blog rerakan. So kali ni patik terpanggil nak join GA dari seorang blogger yang memang suke melukis kartun dalam setiap entry beliau. Yang patik teruja adalah dengan kegigihan beliau untuk melukis karakter untuk dikepilkan tu. Memang rajin dan kretif betoi laa si edyfee ni. Entry yang patik suka adalah: 1. Tangisan lelaki gagah Sebelum baca tu patik bayangkan pasal hati dan perasaan. Kire ala-ala macam kena tinggal dengan gurl fren ke hape. Tapi bila tgk kartun yang memang maskulin tu, rupanya kisah kupas bawang. Hahaha memang tak tercapai akal ku budak edyfee oiii. 2. Isu LGBT (Lesbian. Gay, Bisex dan Transgander) Isu ini agak lame dah berlaku lebih-lebih lagi di Malaysia ni. Tapi apa yang patik suka cara yang disampaikan oleh edyfee agak santai. Kire sape yang termakan cili tu memang terasa saapi tulang putih laa