Posts

Showing posts from July 23, 2012

Episod 6: Guangzhou, China

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Perjalanan patik di kota Guangzhou diteruskan dengan melawat kawasan yang mungkin diminati oleh kaum perempuan dan mungkin boleh jadi meroyan kepada pereka fashion. Tempat yang dipanggil DUNIA TEXTILE ni sememangnya akan menduga poket-poket kalian bila sampai kat sini. Mana tak nye, dengan harga yang sangat berpatutan dan harga tersebut tidak mungkin akan dapat di Malaysia.  Selamat datang ke Pusat Fabriks dan aksesori China. Kalau korang nak tau besar tempat ini lebih kurang AEON Bukit Tinggi. Keseluruhan tempat ini menjual segala tok nenek jenis kain. Dari kain yang semurah-murah sehinggalah kain yang semahal-mahal seperti Sutera China yang menjadi kegilaan patik dan kawan-kawan patik untuk membelinya.  Sebelum menuju ke Pusat fabrik dan aksesori, korang akan melalui deretan kedai yang menjual segala jenis renda, butang-butang, kain yang pelik-pelik dilihat termasuklah kain berbulu-bulu. Kire kat Jakel, Nagoya pon kalah

Lawak tapi benar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Waahhh terasa lama waktu berjalan bilamana ini adalah hari pertama selepas patik pulang dari Guangzhou tempoh hari. Hari pertama kerja dipejabat ini dengan tiada sangat kerja melainkan menyiapkan thesisi patik menjadikan hari ini sangat laaa lambat berlalu.  Jam dah menunjukkan pukul 2 lebih dah ni. Kalau kat rumah ni mak patik dah bersedia untuk masuk kedapur. Dan selalunya patik akan ditugaskan untuk membuat air. Air utama dirumah patik adalah air cincau. Selalunya patik akan tadah air dari pili air penapis patik. Bila isi tu mak aiiiii tengok air kosong tu jee pon dah bagaikan air yang sangaaaaaaaaaaaat sedap !!! Teringat zaman kecil-kecil dulu bilamana patik pernah laaa ponteng puasa sebab tak tahan dek aktiviti sekolah dan bila pulang jee rumah terus mandi. Bila tengok air pili tu haaa memang sedap jee nampak. So ape lagi patik pun terus laa tadah tangan terus minum air tu. Lega ok dapat menonggang setonggang dua air tu. Nahhhh

Teringat kisah botol

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tu diaaa, pejam celik pejam celik dah dekat seminggu patik pulang dari Guangzhou. Memang banyak pengalaman yang patik perolehi disana. Dan yang paling patik tak boleh nak lupa adalah kisah botol. Kenapa kisah botol?? Untuk pengetahuan korang semua, penduduk China amat pantang jika tandas mereka basah dan menganggap 1 perkara yang kotor kalau tandas itu berkeadaan basah dan berlecak. Bagi kita di Malaysia memang pantang kalau kita nak bersuci tanpa air. Tapi mereka menggunakan tisu untuk bersuci.  Benda tu laa yang kebanyakan (malahan semua) daripada kami akan menjadikan botol air sebagai 'teman' selama seminggu disana untuk ke tandas. Memang tak laa kalau nak bersuci hanya dengan tisu tandas. Rasa bagaikan tak bersih. Nak gak walaupun dengan sedikit air. Betul kata orang hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri. Lebih baik dinegara sendiri. Tepat sekali pepatah tu bilamana patik merasa duduk dinegara or