Posts

Showing posts from August 14, 2012

Yesss 13 % ok !!!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah selesai juga thesis patik disiapkan sebelum bermula semester yang akan bermula 21 September 2012 nanti. Untuk mengelakkan patik membayar dalam jumlah yang besar, patik mesti segera untuk menghantar thesis kepada pejabat siswazah untuk sesi viva akan datang. Untuk pengetahuan semua 13 % yang patik maksudkan ini adalah peratus plagiarism yang telah patik buat sepanjang menyiapkan thesis patik ni. Di UiTM, thesis pelajar mesti kurang dari 30 % plagiarism dan jika lebih dari yang ditetapkan, ianya dianggap meniru hak orang lain secara tidak beretika.  Alhamdulillah berkat sabar selama 3 tahun, patik dah nak selesai segalanya. Lepas hantar jee thesis patik untuk viva nanti, patik akan bergiat untuk mencari pekerjaan. Tak kire kerja apa, yang penting halal. 3 tahun ni banyak mengajar patik banyak perkara termasuk mengenai perhubungan sesama rakan, mengenai hati dan juga perasaan. Alhamdulillah dengan segala kesempatan y