Posts

Showing posts from August 22, 2012

Ingatlah pada yang tiada

Image
Assalamualikum dan salam sejahtera semua. Seronok seronok juga dihari raya. Tetapi jangan kita lupakan orang yang telah pergi meninggalkan kita. Sebagai bantuan untuk 'mereka' supaya aman disana adalah dengan menyedekahkan Surah Al-Fatihah untuk mereka. Semoga mereka tenang disana. Amin ya robbalamin. p/s: Tahun lepas jumpa Pak Ngah. Tapi tahun ni hanya pusara Pak Ngah jee yang  dapat patik jumpa. -Ahmad Fauzi Aryaan-

Kad raya pengganti diri

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bila sebut hari raya, patik pasti korang semua mesti ada yang beriya-iya plan nak hantar SMS yang berbunga-bunga. Maklom laaa dunia semakin canggih hinggakan tradisi memberi kad ucapan hari raya sudah menjadi sepi, Dengan e-card yang berlambak-lambak membuatkan tradisi memberi kad ucapan makin ditinggalkan.  Tetapi patik sangat-sangat seronok kerana tradisi memberi kad hari raya ni masih dilakukan oleh beberapa blogger yang tidak lupa untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada patik.Apa yang boleh patik katakan mereka ni memang gigih untuk menghasilkan kad hari raya sendiri. Terima kasih kepada blogger Abang Eqbal Zack , Mohd Khairi dan juga Aesya Zealous diatas kad ucapan kalian yang telah selamat sampai ditangan patik tempoh hari. Perasaan seronok bila tengok hasil kerja mereka ni sampai kat tangan patik. Kepada semua patik ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN buat semua pembaca blog Ahmad Fauzi Aryaan. Semoga