Posts

Showing posts from September 12, 2012

Langkah ke arah viva

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Perjalanan patik sebagai pelajar master akan berakhir bilamana patik selesai menghantar salinan 5 buah thesis dan segala dokumen yang diperlukan untuk menduduki viva. Kiranya lepas patik hantar jeee segala dokumen ni, maka tamatlah status patik sebagai pelajar sepenuh master dalam bidang sains kimia di Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Untuk pengetahuan semua, yuran penyerahan thesis akan dikenakan sebanyak RM500 kepada semua pelajar yang menghantar thesis mereka sebelum menduduki viva sebenar. Mungkin ini termasuk dengan segala yuran pemprosesan dalam mereka sehingga proses viva selesai nanti. Kiranye lepas bayar jee duit tu, korang hanya menunggu sehingga nama naik untuk viva. Segala urusan telah mereka sediakan. Bercerita mengenai kehidupan patik lepas ni pula, kehidupan patik adalah agak lengang disebabkan patik akan mencari pekerjaan yang lebih baik menggantikan kerja yang hampir kepenghujungnya.  Alhamdulilla