Posts

Showing posts from October 3, 2012

Selamat jalan wahai sahabat

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam bertempat di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, patik bersama kawan-kawan yang lain telah menghantar kawan baik patik iaitu Abdul Hafiz Abd Malek yang menjadi mahram kepada ibunya, Rosnah Omar. Bila sampai jee dekat Kompleks Tabung Haji ni, kenangan setahun yang lalu menjengah ingatan patik tatkala patik menghantar ibu dan ayah patik setahun yang lalu. Rasanya ribuan manusia yang akan menghantar waris mereka ketanah suci. Rezeki kawan patik kerana pada usia seawal patik, beliau telah diberi peluang oleh Allah untuk menjadi tetamu agung ditanah haram.Pada usia 2* tahun, beliau akan pulang ke tanah air dengan gelaran haji. Subhanallah. Peluang yang jarang-jarang dimiliki oleh orang lain. Sebelum berpisah untuk jangka masa sebulan lebih, patik dan juga rakan-rakan ada menasihatkan kawan baik patik ni agak banyak sabar, tabah dan sentiasa manjaga ibu yang dibawa bersama. Kalau teringat dikala berdoa tu, ingat-i