Posts

Showing posts from October 14, 2012

Termakbul permintaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah termakbul doa yang boleh dikatakan hari-hari patik pohon. Doa salam ingatan dari patik untuk sahabat patik yang sedang menunaikan haji di makah. Tak sangka hari ni permohonan patik dimakbulkan. Kawan baik patik telah menghubungi patik dari kota suci makkah. Syukur sangat-sangat bila mendengar suara beliau yang dekat 2 minggu beliau tinggalkan patik dan semua disini.  Keadaan beliau sedikit kurang sihat dan batuk-batuk. Maklom laaa keadaan disana agak berbeza keadaannya di Malaysia.  Apa yang mampu patik lakukan untuk kawan baik patik ni adalah berdoa diberikan kesihatan dan keselamatan sepanjang menjadi tetamu agung-Nya. Insyallah. AMIN. p/s: Terima kasih ya Allah diatas perkenankan permintaan hamba-MU ini.  Ikhlas, Ahmad Fauzi Aryaan