Posts

Showing posts from November 27, 2012

Selamat berkonvo

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA, Istiadat Konvokesyen kali yang ke-77 diadakah dari 24 November 2012 sehingga 6 Disember 2012. Untuk konvekesyen kali ini, salah seorang dari kawan patik telah selamat berkonvo untuk Ijazah Master beliau.  Bersama 2 line dilengan jubah konvo untuk pemegang Master Sebenarnya kawan patik ni adalah kawan sama-sama lab patik dan rezeki beliau untuk tamat lebih awal dari patik. Tahniah Fara Fazel untuk Ijazah Sarjana Sains yang diperolehi. Teringat patik pada mulanya kami sama-sama mendaftar 3 tahun yang lalu dan kini adalah tarikh keramat dimana beliau telah menerima ijazah Master yang selama ni diusahakan.  Penyelia (jubah line merah) dan pembentu penyelia (jubah hitam) bersama Fara Selesai majlis konvokesyen, penyelia patik telah membuat majlis makan-makan dirumah beliau tetapi malangnya patik tidak dapat turut serta atas sebab-sebab yang tak daat dielak