Posts

Showing posts from December 12, 2012

Biji-biji Tasbih tanda ingatan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setelah hampir 2 minggu bercuti setelah kembali dengan selamatnya daripada mengerjakan Haji ditanah suci Makah, kawan baik patik Haji Abdul Hafiz Abd Malek telah kembali semula berjumpa patik dan kawan-kawan lain. Banyak kisah-kisah pengalaman beliau yang dikongsikan bersama patik dan kawan-kawan. Setiap masa kami sama-sama akan mengorek cerita sepanjang beliau berada lebih kurang 45 hari disana. Bagi patik secara peribadi terasa sangat kerdil dengan kawan baik patik ni yang telah mempunyai pengalaman disana. Tapi patik juga berbangga dan merasa bertuah kerana beliau adalah kawan patik yang telah dipilih oleh-Nya untuk mengerjakan ibadah haji.  Seusia dan sebaya dengan patik namun bertuah dipilih untuk menjadi tetamu-Nya berpihak padanya. Melihat dengan keseronokkan beliau bercerita menjadikan patik telah memasang niat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makah bermula peninggalannya ke sana. InsyaAllah dengan rezeki yang