Felda yang menggamit hati

Wednesday, January 23, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Untuk entri kali ni patik nak menceritakan perasaan teruja bilamana patik diberi peluang untuk masuk ke kawasan Felda.

Untuk pengetahuan semua, patik telah diberi arahan untuk masuk kedalam felda bagi mendapat beberapa maklumat dan berjumpa dengan pihak pengurusan untuk menyatakan niat meneruskan kajian di felda tertentu.


Untuk hari pertama patik telah masuk kekawasan Felda Lok Heng. Didalam kawasan gugusan felda ni, terdapat 3 felda kecil iaitu Felda Lok Heng Timur, Barat & Selatan. Bila mereka digabungkan menjadi gugusan Felda Lok Heng. 

Di gugusan felda Lok Heng ini patik hanya ditugaskan untuk ke Lok Heng Selatan dan Timur.

Suasana di felda bagi patik secara peribadi agak berbeza dengan kawasan kampung. Bukan patik untuk tidak menidakkannya. Tapi disebabkan kemesraan mereka membuatkan patik sangat-sangat selesa dengan mereka. Mereka menganggap patik bagaikan ahli keluarga mereka sepanjang 4 malam patik disana.


Seterusnya patik terus bergerak ke Felda Aping Timur untuk tujuan yang sama iaitu untuk meneruskan kajian yang pernah dilakukan sebelum patik masuk bertugas di UPM.

Perjalanan antara Felda Aping Timur dan Felda Lok Heng dianggarkan 20 minit perjalanan yang kiri kanan jalan adalah ladang sawit. Agak terase lama perjalanan mungkin disebabkan tiada apa disekeliling melainkan pokok-pokok sawit.

Keesokkannya patik bergerak ke Gugusan Adela. Perjalanan lebih kurang sejam untuk sampai sangat menguji perasaan patik yang memandu seorang diri. 

Bila sampai disana patik dapat rasakan kesibukkan yang agak berlainan berbanding felda-felda yang dah patik lawati. Rupanya didalam gugusan ini terdapat 4 felda lain didalamnya iaitu Kledang Sening, Tunggal dan 1 lagi patik lupe. Hehehe.
 



Kesimpulannya ini adalah pengalaman yang sangat bermakna dan tidak boleh dibeli dengan duit. Bila patik rasa sendiri baru laaa patik tau best nye orang-orang felda dalam melayan tetamu yang datang ketempat mereka. Patik rindukan keadaan dekat sana sangat-sangat!!!

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

8 komen

  1. selamat menikmati suasana aman damai permai sntosa,,hehe..:D

    ReplyDelete
  2. nanti klau babah nak pegi Felda, bawak zwan skali ye.. tringin jugak nk p.. huhu

    ReplyDelete
  3. felda best! lyn mesra cam family takpe,jgn mesra lebih2 ok..i marah nih...muahaha..geli!

    ReplyDelete
  4. Kawan NAL kat kota tinggi pun dok FELDA..tak sure nama tapi katanya felda itu felda tertua..

    ReplyDelete
  5. ada beberapa nama felda yg pojie sebutkan tadi abg pernah sampai di sana. memang betol layanan masyarakat felda sangat jauh berbeza dengan masyarakat biasa di kampung2.. tahniah la kerana berjaya mengutip kenangan dan pengalaman bersama mereka...

    ReplyDelete
  6. best sesekali masuk felda...suasana berbeza...... byk kenangan boleh dicipta....

    ReplyDelete
  7. felda umah dekat2..kmpung umah agk jauh hehehe tu yg mesra lebih :D :D: D .. tp aku lebih suke kmpung sbb lot tanah besar hahaha

    ReplyDelete