Posts

Showing posts from January 23, 2013

Felda yang menggamit hati

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk entri kali ni patik nak menceritakan perasaan teruja bilamana patik diberi peluang untuk masuk ke kawasan Felda. Untuk pengetahuan semua, patik telah diberi arahan untuk masuk kedalam felda bagi mendapat beberapa maklumat dan berjumpa dengan pihak pengurusan untuk menyatakan niat meneruskan kajian di felda tertentu. Untuk hari pertama patik telah masuk kekawasan Felda Lok Heng. Didalam kawasan gugusan felda ni, terdapat 3 felda kecil iaitu Felda Lok Heng Timur, Barat & Selatan. Bila mereka digabungkan menjadi gugusan Felda Lok Heng.  Di gugusan felda Lok Heng ini patik hanya ditugaskan untuk ke Lok Heng Selatan dan Timur. Suasana di felda bagi patik secara peribadi agak berbeza dengan kawasan kampung. Bukan patik untuk tidak menidakkannya. Tapi disebabkan kemesraan mereka membuatkan patik sangat-sangat selesa dengan mereka. Mereka menganggap patik bagaikan ahli keluarga mereka sepanjang 4 malam patik disana.