Al-Quran: Kaedah penyembuhan Islam

Wednesday, January 15, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Bertempat di dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah berlangsung 1 majlis ilmu atau pun boleh dikatakan sebagai perkongsian ilmu berkenaan kehebatan "Al-Quran sebagai medium penyembuhan bagi penyakit kanser" yang disampaikan oleh Tuan Haji Lokman Abdul Hamid anjuran CARE (Cancer Resource & Education centre) UPM dan kerjasama Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.



Tuan Haji Lokman Abdul Rahman- pengamal perubatan islam
(kredit pic: Blog Shakiddo)

Kita dizaman moden ni kadangkala terlepas pandang dengan kaedah perubatan islam di Malaysia. Mungkin dengan kemodenan yang ada, maka ade sesetengah pihak seakan terlepas pandangan dengan 1 lagi kaedah alternative perubatan dipanggil kaedah perubatan islam dimana dengan menggunakan ayat-ayat al-quran, sesautu penyakit boleh disembuhkan.

Menyedari  kepentingan ini maka, pihak CARE telah membawa seorang pengamal perubatan dari Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk sama-sama berkongsi aktiviti perubatan secara islam dengan pengamal perubatan moden disini. 

Serba sedikit info mengenai pusat rawatan ini. Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah telah mula beroperasi sejak tahun 2011 dan sehingga kini lebih daripada 1823 pesakit yang mengidap kanser mendapatkan rawatan disini dan majoriti daripada mereka adalah pengidap kanser payu dara.

(Kredit pic: Blog Shakiddo)

Kaedah rawatan yang diberikan disini adalah membaca ayat-ayat al-quran, membanyakkan doa, solat tahajjud, solat taubat, solat hajjat, zikir dan juga air penawar. 

Apa yang patik diberitahu, tiap-tiap ayat suci mempunyai aura-aura tertentu. Bila kita membaca ayat suci ini, ianya akan meresap kedalam tubuh badan pesakit dan meningkatkan daya tahan tubuh bagi melawan sel-sel penyakit. 

Selain itu konsep perubatan yang diamalkan merupakan suatu ibadah. Pesakit ini disarankan untuk menabahkan amal ibadah dengan memperbanyakkan zikir, solat sunat, doa dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk merapatkan diri kepada penyipta-Nya yang maha penyembuh dari segala penyakit. 




 

Apa yang boleh patik simpulkan disini adalah rawatan islam menggunakan ayat-ayat al-quran telah menjadi alternative kepada proses penyembuhan bagi satu-satu penyakit dimana didalam al-quran itu terdapat segala penyembuhan. Bergantung kepada kita mahu mengamalkan atau tidak.

Sabda  Rasulullah S.A.W;

"Sesungguhnya hati ini berkarat seperti berkaratnya besi aabila terkena air". Seorang sahabat bertanya lagi "Bagaimana menghapuskan karat tersebut?", Jawab nabi, "Banyakkan menyebut mati dan membaca al-quran" 

Disini patik kongsikan beberapa surah yang mungki boleh kita sama-sama amalkan & insyaAllah kita akan lebih sihat malah akan ebih diberkati. 

Al-Anbiya ayat 38-50
Yunus ayat 55-70
Al-Mukminun ayat 60-80
Taha ayat 120-125 (boleh mengurangkan stress)
Muhammad ayat 21-32 (boleh menghilangkan stress)




InsyaAllah dengan sedikit perkongsian daripada patik ni, boleh laa korang diluar sana mengamalkan untuk kesihatan yang lebih baik. 

Untuk pembaca yang ingin mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, boleh laa ke laman web mereka di http://www.alhidayah-medic.com dan disana segala info berkenaan pusat rawatan ini akan muncul.

Akhir sekali, jadikan bacaan ayat-ayat suci al-quran sebagai amalan bukan saja sebagai pendinding diri malah juga sebagai penyembuh segala penyakit KECUALI mati. 

-Ahmad Fauzi Aryaan-


You Might Also Like

0 komen