[FOOD] RESTORAN CHAR KOEY TEOW SIMPLY DELICIOUS - PENANG MAI BY SERINA CHEF WAN

Monday, January 06, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Semalam bertempat di The Strand, Damansara patik dan geng-geng blogger lain telah dijemput untuk merasai makanan disebuah restoren yang dimiliki oleh Serina Chef Wan iaitu RESTORAN CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS - PENANG MAI BY SERINA CHEF WAN

Kami telah berkumpul direstoran tersebut seawal selepas maghrib & luckily restoran menyediakan ruang solat untuk mana-mana pengunjung menunaikan solat. Konsep kami, melahgo-melagho jugak, solat jangan lupe kan. Hehehe.



Sebagai permulaan kami disambut dengan ucapan aluan dan terima kasih oleh empunya restoren iaitu Serina Chef Wan sendiri diatas kesudian untuk merasai menu yang disediakan oleh pihak restoran. Bagi patik, kecik tapak tangan, padang golf patik tadahkan. 


Apa yang diberitahu, restoran ini belum lagi mengadakan pembukaan rasmi kepada umum dan kami geng blogger telah berpeluang untuk membuat perasmian pertama. Walaupun belum membuat pembukaan rasmi, restoran ini telah menerima ramai pengunjung daripada geng salebriti yang merupakab kenalan kepada Serina. 






Apa yang patik perasan, konsep yang Serina tekankan adalah merah jambu dan beliau mengakui menyukai merah jambu dalam setiap benda dan bukan pada kereta mahu pun motosikal. Bermula dengan signboard kedai, buku menu, wall deco, hiasan dinding cermin sehinggalah kerusi untuk berkonsep santai dibahagian luar restoran. Agak menarik disitu. 



Masa untuk merasai makanan yang disediakan. Bermula dengan char koey teow special yang merupakan signature bagi restoren ini yang berharga RM8.50 cukup mengiurkan. Bagi patik, portion yang diberikan adalah besar dan kenyang bagi patik yang boleh dikatakn sebagai kuat makan. Udang yang fresh dan tidak berbau patik rasa dia goreng dulu sebelum dicampur kedalam adunan membuatkan kesedapan tu menyerlah. 





Kemudian kami disajikan juga dengan sate simply delicious yang sedap. Patik sangat suka sate ayam restoran ni yang sangat juicy meletop pap pap pap bila berada didalam mulut dan ditambah dengan kuah kacang serta timun dan bawang. 

Dan sebagai penutup lami disajikan dengan pencuci mulut seperti durian crepe, pavlova, coklat cake, tiramisu cake dan juga red velvet cake. Sebenarnya banyak lagi makanan sedap yang dihidangkan sperti nasi goreng udang, murtabak, tapi patik dah tak larat nak rasa semuanya sebab terlalu kenyang. 

Boleh dikatakan menu dari RESTORAN CHAR KOEY TEOW SIMPLY DELICIOUS - PENANG MAI BY SERINA CHEF WAN sangat ohsem !!!!


Sambil-sambil bersantai di RESTORAN CHAR KOEY TEOW SIMPLY DELICIOUS - PENANG MAI BY SERINA CHEF WAN, kelibat pelakon Soffi Jikan muncul direstoran. Beliau bg patik adalah sangat merendah diri walaupun lakonan beliau sangat hebat. Suke laaa sifat beliau ni haa. Hehehe



Apa pun terima kasih kepada Kak Serina Chef Wan kerana menjemput kami geng blogger untuk sama-sama merasai manu yang diberikan. Harapan patik agar perniagaan yang diceburinya akan berhasil dengan kejayaan.

Kepada geng diluar sana yang ingin merasai signature dish dari RESTORAN CHAR KOEY TEOW SIMPLY DELICIOUS - PENANG MAI BY SERINA CHEF WAN boleh laa ke alamat berikut:


RESTORAN CHAR KOEY TEOW SIMPLY DELICIOUS - PENANG MAI 
13-G, ENCORP STRAND, JALAN PJU 5/20A,
DATARAN SUNWAY, 
KOTA DAMANSARA, PJ

-Ahmad Fauzi Aryaan-


You Might Also Like

11 komen

  1. wahhh nampak memeng mengiurkan char kue tiaw tu...

    ReplyDelete
  2. Memang puas hati dengan rasa char koay teow tu kan...ada masa boleh repeat lagi nie

    ReplyDelete
  3. Memang best bro...tambah-tambah plak berebut menghabiskan durian crepe dengan Mawardi. Akan repeat balik dengan famili nanti.

    ReplyDelete
  4. char koay teow kasi sengggaatttt!!!

    ReplyDelete
  5. ko xyah nk pap pap pap sgt la...

    ReplyDelete
  6. Kalaulah durian crepe tu dua dozen pun kid leh hadap... btw.. char koay teow dia mmg sedap lahh

    ReplyDelete
  7. kena ngan selera aku..boleh dtg lg bawak famili lak pasni..:-)

    ReplyDelete
  8. jom repeat lg... sedap.. smpai harini duk teringat lg...

    ReplyDelete
  9. wahhh, bestnyer dpt jumpe Soffi Jikan :)
    Nanti nak try gaqlah kedai ni

    ReplyDelete
  10. Mai2 kita serbu lagi. X puas makang

    ReplyDelete