[TRAVEL] Dialog in the Dark | Merasai 'kegelapan' dunia terang

Monday, February 24, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Pernah tak anda membayangkan diri anda sebagai seorang yang kurang penglihatan? Bagaimana rasanya bila menjadi seorang yang kekurangan penglihatan? Anda inginkan pengalaman merasai dunia kegelapan? 

DIALOG IN THE DARK adalah jawapannya dimanan lokasinya terletak di Petrosains, The Discovery Centre, Aras 4 KLCC. Tempat ini telah dibuka mula beroperasi pada 8 Dec 2013 dan akan tamat pada 31 May 2014 sebelum berpindah kelokasi yang sebenar sekitar bulan 7 nanti. 

Patik dari geng digital writer dan rakan media lain telah diberi peluang untuk merasai bagaimana menjadi seorang yang 'gelap' penglihatan. Terasa diri begitu bersyukur masih diberikan 'cahaya' pandangan walaupun patik sudah berkaca mata dan tidak seperti manusia normal lain. Sob Sob Sob.


Patik sangat-sangat bertuah kerana diberikan peluang sebegini merasai apa yang mereka diluar sana yang kurang penglihatan rasai. 

Sebelum memulakan pengalaman ini, kami diberikan penerangan ringkas oleh pegawai yang bertanggungjawab dimana perkara yang penting diberitahu adalah keadaan dalam tempat itu sangat gelap sehinggakan bila kita meletakkan tangan didepan muka kita, kita sendiri tidak dapat melihatnya. Lihat, betapa gelapnya tempat itu direka. Oleh itu kami semua dinasihatkan untuk tidak membawa sebarang benda kedalam tempat tersebut seperti telefon, kaca mata, jam tangan dan sebagainya kerana sekiranya tercicir, memang susah untuk dikembalikan. 


Pengalaman bermula dengan kami semua diberikan sebatang tongkat serupa yang digunakan oleh mereka yang gelap penglihatan. Jujur patik katakan, ini adalah pengalaman pertama patik memegang tongkat ini. Terdetik dihati patik bagaimana perasaan mereka yang mampu berdikari hanya dengan sebatang tongkat untuk meneruskan kehidupan dialam terang ini. 

Kemudian, kami semua perlu memasuki bilik yang sangat hitam gelap dan hanya menggunakan deria lain seperti tangan untuk merasa sekeliling dan deria telinga untuk mendengar segala arahan yang diberikan oleh pengiring kami didalam bilik gelap tersebut. 

Didalam bilik gelap hitam tersebut kami dibawa ketempat seperti taman negara, menaiki jeti, melintas jalan, singgah di kopitiam dan macam-macam lagi. Tempat ini direka seperti berada ditempat asal seperti contoh bila kita melalui jeti, kita dapat merasakan jeti yang berhayun-hayun. 

Dari satu tempat ke satu tempat kami hanya menggunakan deria tangan dan telinga untuk berjalan. Ada kala pada suatu tahap patik hanya mengeluh sendiri "hisshhh...susahnye jadi buta ni". Itu yang patik rasa. Oh tuhan!

Perjalanan lebih kurang 30 minit merasai kegelapan mata bagaikan 30 jam disebabkan ketidakselesaan dari segi pandangan mata normal. 

Sebelum mengakhiri perjalanan, pengiring memberitahu bahawa suara yang mengiringi kami sepenjang kegelapan itu adalah mereka yang gelap penglihatan. Oh tuhan, terkejut!! patik tidak sangka mereka yang membawa kami bagaikan manusia sempurna yang celik penglihatan. 

Pengalaman yang sangat menginsafkan kita yang punya penglihatan normal. 

Untuk pembaca blog patik yang ingin berkunjung, boleh ke alamat berikut:

DIALOG IN THE DARK
Petrosains, The Discovery Centre
Aras 4 , KLCC
Kuala Lumpur 
Malaysia



Selamat merasai apa yang patik telah rasa. Patik yakin anda semua akan merasa sesuatu keinsafan.

-Ahmad Fauzi Aryaan-


You Might Also Like

0 komen