[TRAVEL] LADANG ALAM WARISAN | Taman warisan melayu

Monday, February 10, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Apa yang best sangat di LADANG ALAM WARISAN ni ek? Akceli patik pun tertanya-tanya soalan yang same. Adakah ianya same dengan ladang-ladang yang ada di Malaysia yang selalunya ada seperti ladang binatang ternakan & mungkin juga ladang buah-buahan. 

Tetapi bayangan patik tu mungkin meleset kerana apa yang patik bayangkan itu adalah tidak sama sekali. Bila kaki melangkah masuk dikawasan Ladang Alam Warisan ni patik berasa sangat teruja kagum sekejap. Sebab ape?? Sebabnye ia adalah seperti lokasi pengambaran cerita pendekar yang selalu ditayangkan di TV3 yang semua pelakonnya memaki kostum seperti pendekar siap dengan tengkolok, baju melayu siap bersampin bagai. 


Patik dan beberapa geng blogger & rakan media telah dijemput oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan untuk merasai kehebatan tempat yang dipanggil LADANG ALAM WARISAN ini. Kehadiran kami telah disambut dengan persembahan silat selamat datang yang dipersembahkan oleh staf disana.


Kemudian kami dibawa ke dewan besar yang dipanggil Balairong Alam Warisan. Disini kami sempat berehat sebentar sambil berbual-bual berkenaan tempat ini. Patik masih berasa teruja dengan apa yang patik sedang lihat. Memang sesuatu yang sangat berlainan yang pernah patik lihat. 



Adat orang melayu biasanya akan menghidangkan air sebagai pembasah tekak kepada tetamu yang datang. Disini sebagai permulaan kami telah dihidangkan dengan air yang dipanggil air "KANDA PULANG". Akceli air ni adalah air kelapa yang ditambah dengan sedikit gula pasir supaya kemanisan air kelapa itu naik. 


Korang boleh saksikan mereka disini semuanya berpakaian seperti orang melayu lama. Tidak kira perempuan mahupun lelaki. Tapi yang lebih jelasnye adalah lelakinye laa. Segak berpakaian melyu lama. 

Keunikkan LADANG ALAM WARISAN ini, kerana kita boleh belajar cara memanah islam yang biasa digunakan oleh dimasa perang zaman Rasulullah yang diajar oleh seorang pakar datangnya dari Negara Turki. Selain itu kita juga akan dipersembahkan dengan cara memanah berkuda. 


Beliau yang patik maksudkan adalah Ahmad yang berasal dari Turki menjadi tenaga pengajar memanah & berkuda di LADANG ALAM WARISAN cara islam. 



Hebat gile laa patik tengok beliau memanah. Semua anak panah yang dilepaskan tepat pada sasaran dan sangat laju.

Selepas sesi perkenalan dengan segala peralatan memanah, kami diberi peluang untuk mencuba dilapangan sasar memanah. 


Mulanya agak kekok dengan teknik memanah yang biasanya kita menggunakan 3 jari yang tengah untuk menarik busar panah. Tetapi mengikut cara memanah islam, kita perlu menarik tali sambil mengepit busar hanya dengan ibu jari dan jari telunjuk. Yesss memang agak sakit jari jeamri pada mulanya tetapi lama kelamaan ia menjadi seperti biasa. 

Berdekatan dengan lapangan memanah, terdapat beberapa ekor kuda yang dijadikan sebagai kuda tunggangan untuk aktiviti memanah berkuda. Yang patik pegang ni nama dia AWAN. Rasanya ni laaa kali pertama patik pegang kuda dengan jarak yang sangat dekat. 1 yang patik belajar bila membelai kuda ni adalah apa yang kita rasa akan efek kepada kuda. Sebagai contoh kalau kita berdebar tak tenteram, kuda tersebut akan berasa demikian dan tidak senang duduk. So better kita relax & chill jee. Berketak-ketak otot kuda ni. Sedapp utk disentuh. 


Selain aktiviti memanah, turut disediakan ruang pameran membuat kuih tradisi melayu iaitu juih bahulu yang dibakar panas depan kami. Yess sangat teruja sebab benda cmni akan berlaku time-time nak raya jee kan. 



Selain itu kami juga diajar cara memasak lemang dengan cara yang sangat elok. Petua-petua yang digunapakai secara turun temurun turut diajar kepada kami. 


Orang melayu dengan ayam memang tidak dapat dipisahkan. Disini pelbagai jenis ayam-ayaman ada diternak. Takjub kejap sebab seumur hidup patik, patik tak pernah nampak ayam berbulu sampai ke kaki. Tapi kat sini, ayam tersebut sangat banyak. Patik ade tanya dengan pemilik ladang baekenaan harga ayam ini. Harga ayam jenis berbulu sampai kekaki tu sepasang lebih kurang dalam RM5000-RM6000. Haaa nampak tak harga dia sangat mahal. 



Lepas penat pusing 1 ladang dan belajar cara memanah, kami pulang ke Balairong Alam Warisan untuk berehat sambil menunggu untuk makan tengahari. 

Untuk pengetahuan semua, pakej disini turut menyediakan sekali makan tengahari sekali dengan aktiviti di Ladang Alam Warisan ini. 



Terima kasih kepada warga Ladang Alam Warisan kerana menyediakan makanan yang sangat sedap dan perghhh tak tahu patik nak cakap macam mana. Yang lebih unik, semuanya disediakan secara melayu dan konsep ini sangat kearah kemelayuan. Dengan tudung saji, tikar mengkuang menjadi ikon orang melayu dulu. 



Masak lemak telur itik, rendang ayam, sambal tempoyak pucuk ubi negeri sembilan semuanya sangat sedap !!!



Selepas kenyang makan, kami dibawa ke ladang rusa. Kenapa wujud ladang rusa disini? Apa sinonim rusa dengan orang melayu? Apa yang patik diberitahu, selalunya rusa akan bergerak secara berkumpulan. Begitu juga dengan kita orang-orang melayu, kalau nak berjaya kita kena ikut resmi rusa yang hidup dalam berkelompok. 



Sebagai kemuncak, kami dipersembahkan dengan aktiviti memanah berkuda. Wowww sangat hebat dengan cara keseimbangan diatas kuda untuk memanah.



Terima kasih kepada pemilik LADANG ALAM WARISAN kerana sudi menerima kami rakan media & blogger untuk sama-sama memperkenalkan LADANG ALAM WARISAN kepada semua warga Malaysia & menjadikan ladang ini suatu tempat perlancongan yang wajib lawat untuk semua. 




Sempat kami menyarung baju yang diberikan oleh pihak LADANG ALAM WARISAN sebagai buah tangan daripada pihak mereka. 


Kepada yang ingin melawati dan merasai apa yang patik rasa, bolehlah ke ladang ini yang beralamat seperti berikut: 

LADANG ALAM WARISAN
Jalan Masjid, Kampung Tengah,
71500 Tanjong Ipoh
Negeri Sembilan


Selamat melancong kerana semuanya ada di Malaysia. 

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

14 komen

  1. Satu tarikan yang menarik. Orang luar tentu suka untuk melihat budaya warisan Melayu dahulu kala.

    ReplyDelete
  2. sangat menarik! akan ku jejak satu hari nanti bersama anak2 ;)

    ReplyDelete
  3. Sesuai untk family day..

    ReplyDelete
  4. Sesuai untk family day..

    ReplyDelete
  5. terbaik and nice entry pojie ! :)

    ReplyDelete
  6. Huh... jelly tgk tmpt ni... teringin nak ke sana...

    ReplyDelete
  7. akubiomed:

    Betul..1 tarikan untuk kita mengenal akar budaya kita.

    ReplyDelete
  8. Bitt (double IS):

    Sis nanti bole laa bwk anak2 sis memanah maen kuda. sangat best sis

    ReplyDelete
  9. Lia Omey:

    Macehh lia omey. lia bile nak up entry??

    ReplyDelete
  10. careno:

    Bole laa bawak akiff mai maen2 sni. kasik dia belajar budaya melayu kat sni. best2 !!!

    ReplyDelete
  11. terbaik!~ tp npe nama dia ladang ek? bila ladang, org mesti tringat kwsn dusun/kebun~ huhu

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Rasanya trainer memanah tu ialah Juara European Horseback Archery. Nama dia Cozmei Mihai.

    Idola kami para pemanah tradisional

    -abuHakeem-
    batu pahat Archer

    ReplyDelete
  13. Salam tuan blog,

    Rasanya trainer memanah tu European Horseback Archery Champion (tahun x ingat) bernama COZMEI MIHAI.

    Idola kami para pemanah tradisional

    maaf tuan,


    -AbuHakeem-
    Batu Pahat Archer

    ReplyDelete