[TRAVEL] Petrosains, The Discovery Centre | Menerokai kehebatan sains dalam kehidupan

Sunday, February 23, 2014

Asslamulaikum dan salam sejahtera semua.



Bertempat di Galari 1 Petrosains KLCC telah berlangsung suatu lawatan pengenalan produk perlancongan Petrosains Sdn Bhd kepada para media dan digital writers. Kerjasama diantara Petrosains Sdn Bhd dan Tourism Malaysia Kuala Lumpur ini adalah sebagai kesinambungan program Tahun Melawat Malaysia 2104. 
 

Petrosains dan Menara Berkembar PETRONAS adalah 2 insitusi dibawah PETRONAS akan membantu mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan memperkenalkan idea-idea yang menarik dan lebih segar kepada pengunjung sebagai sokongan kepada program ini.


Lawatan ini adalah bertujuan mendedahkan kepada pihak media dan digital writer akan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Petrosains dan juga Menara Berkembar PETRONAS.

Serba sedikit info yang patik ingin kongsikan. Petrosains, The Discovery Centre dan Menara Berkembar PETRONAS ini terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Dua institusi ini adalah berperanan untuk memperkenalkan Malaysia kepada dunia tentang keistimewaan Malaysia dari segi perlancongan dan juga proses pembelajaran yang tidak formal. 

Selain keistimewaan Petrosains dan Menara Berkembar PETRONAS ini, Petrosains juga telah membuka 1 lagi tapak pameran yang dipanggil DIALOG IN THE DARK (DID). Apa istimewanya DID ini akan patik ceritakan dientri akan datang. 

Pihak media dan digital writer lain sangat bertuah kerana diberi peluang untuk merasai keseronokkan yang ada didalam Pertrosains.
 

Seperti biasa sesaiapa yang ingin berkunjung ke Petrosains, pengunjung akan dikenakan bayaran dari RM5 hingga RM15 kepada pemegang MyKad dandari RM15 hingga RM30 kepada bukan pemegang MyKad. 



Perjalanan kami bermula dengan menaiki kapsul masa dimana seramai 5 orang bagi setiap perjalanan. Perjalanan memakan masa lebih kurang 15 minit ini akan dikisahkan berkenaan pemiliharan dan pemuliharaan alam dan juga floran dan fauna. 



Banyak aktiviti yang boleh dlakukan oleh sesaiapa saja bermula daripada kanak-kanak sekolah sehinggalah ibubapa. Permainan yang boleh patik katakan sebagai 'seliaan sendiri' menjadikan pembelajran sains & teknologi semakin interaktif. 

Keunikkan di Petrosains ini, kita akan dibawa ke pelantar minyak. Simulator yang disediakan seakan-akan membawa anda semua kepelantar minyak yang letaknya ditengah lautan. 


Bila selesai mendarat dipelantar minyak anda semua bagaikan telah dibawa kedunia baru iantu disebuah tempat yang direka seakan-akan pelantar minyak ditengah lautan. Apa yang patik diberitahu, kesemua alat yang dipamerkan dan dekorasi disini adalah 100 % serupa dengan yang orignal dipelantar minyak. 

Selain itu kami juga dibawa melihat sendiri deck didalam pelantar minyak. Segala keperluan disini sangat berbaloi. Dipelantar minyak juga disediakan tempat tinggal bagi pekerja-pekerja, klinik kesihatan dan yang paling best adalah tempat makan dimana chef mereka adalah bertaraf 5 bintang.




Rasa sangat bertuah sebab dapatlah kita melihat sendiri apa yang terdapat didalam deck pelantar ditengah lautan itu. Segalanya cukup tersedia buat pekerja pelantar minyak milik PETRONAS untuk keselesaan.

Selain pameran dan juga permainan sains yang interaktif, kami juga dihiburkan dengan persembahan daripada staf Petrosains berkenaan sains dalam kehidupan. 





Glow in the dark. Segala perkakas yang berwarna putih akan menjadi seperti ini kerana bahan kimia yang terdapat didalam pakaian mahupun apa jua keadaan yang berwarna putih akan menyerap dan memantulkan warna yang anda semua lihat.


Pengalaman yang cukup manis bagi patik dan patik yakin Petrosains mampu untuk menarik pengunjung untuk berkunjung kesana dengan perkhidmatan yang sangat puas hati dan juga staf Petrosains yang sangat baik hati dan sedia membantu sepanjang lawatan pengunjung disetiap bahagian ruang pameran.

Kepada pengunjung yang ingin berkunjung ke Petrosains, The Discovery Centre, bolehlah berkunjung seperti dialamat berikut:

PETROSAINS, THE DISCOVERY CENTRE
Tingkat 4,Suria KLCC
Petronas Twin Towers
50088 Kuala Lumpur.

Masa Lawatan:
SELASA - AHAD
9.00 pagi - 5.00 petang (Hari bekerja)
9.30 pagi - 6.30 petang (Hari minggu dan Cuti umum)
Pehatian: ISNIN CUTI

Bercutilah di Malaysia kerana masih banyak tempat yang indah yang perlu diterokai. Cuti-Cuti Malaysia 2014.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

2 komen

  1. dari haritu nak masuk tak sempat2...thanks 4 info ;)

    ReplyDelete
  2. Last saya ke sini masa sekolah menengah...

    ReplyDelete