[TRAVEL] RAILWAY TOURISM PACKAGE BROCHURE | Dari KL ke Ipoh

Monday, February 03, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Pada 10 Januari 2014 yang lalu, bertempat di Stesen Kuala Lumpur Sentral, telah selamat rasminya RAILWAY TOURISM PACKAGE BROCHURE bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dirasmikan oleh Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malayia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz.



Terima kasih kepada M-Mode kerana telah menjemput patik untuk sama-sama merasai pengalaman bercuti menaiki train ETS dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan merasai percutian homestay pilihan di Perak.



Sebelum berlepas menaiki train ETS, suatu majlis perasmian telah dilakukan disana. Seperti biasa lagu Cuti-Cuti Malaysia sentiasa akan keudara dimana-mana majlis Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Lebih kurang jam 6.00 petang, semua deligasi media & blogger diminta untuk menaiki train untuk menuju kedestinasi. Perjalanan akan memakan masa lebih kurang 2 jam lebih dan dijangka tiba distesen Ipoh lebh kurang 8.00 malam.  


Sepanjang perjalanan YB Dato' Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz sempat berjalan dari gerabak ke gerabak untuk sesi beramah mesra. Untuk pengetahuan pembaca blog patik ni, kami seramai lebih kurang 200 orang dan 3 gerabak hanya memuatkan kami geng media & blogger. Nampak tak betapa ramainya deligasi kami kesana.


Patik juga sempat bergambar kenangan bersama YB untuk tatapan pembaca blog patik ni haaa.



Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana menyediakan kami makan malam yang boleh dikatakan special. So kami tidak laa berlapar sebelum sampai kedestinasi nanti. 

Khabarnya setibanya kami disana, kami akan join press conference dan kemudian majlis perasmian RAILWAY TOURISM PACKAGE BROCHURE peringat Negeri Perak akan dilakukan beserta konsert disana.


Lebih kurang 8.00 malam, kami selamat tiba di Stesen Ipoh untuk agenda setersunya.


Setibanya kami disana, press conference kepada pihak media & blogger telah diadakan sebagai promosi Negeri Perak sebagai sebuah pusat perlancongan bagi Tahun Melawat Malaysia 2014.




Selesai press conference, kami dijamu dengan persembahan kompang dan pencak silat oleh orang-orang di Negeri Perak.



Kami rakan media & blogger telah dijamu dengan makanan yang sangat ohsem sedap !! Tak terbayang oleh perut patik untuk nak menjamah kesemua lauk pauk yang dihidangkan.



Majlis perasmian  RAILWAY TOURISM PACKAGE BROCHURE peringkat Negeri Perak telah dihostkan oleh pengacara why bother why bother why bother, Azwan Ali. Memang meriah dengan sura beliau yang suke terpekik-pekik tu menjadikan malam kami meriah.


Pembukaan perasmian ini, kami telah disajikan dengan tarian cuti-cuti Malaysia dari penari-penari yang dibawa khas dari Istana Budaya Kuala Lumpur. Kelasss tarian korang tu semua. Best !!!




Perasmian  RAILWAY TOURISM PACKAGE BROCHURE peringkat Negeri Perak telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz. Melalui ucapan beliau, beliau mahu kita sebagai rakyat Malaysia kene menggembeling tenaga untuk memeriahkan kempen Cuti-Cuti Malaysia 2014 ini.



Sebelum bermulanya konsert, sempat YB menteri bergambar kenangan bersama penari istana budaya dan juga artis-artis yang akan memeriahkan malam konsert ini seperti Najwa Latif, Hyper Act, Shida Dangdut dan juga Mus May.

Apa pun patik berharap dengan sedikit perkongsian ni, korang boleh laaa merancang untuk merasai percutian di Malaysia. Memang benar Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Jadi rugilah kita sebagai rakyat Malsysia tidak merasai nikmat yang ada di Malsysia. 

Jadi, jom Cuti-Cuti Malaysia !!!

-Ahmad Fauzi Aryaan-


You Might Also Like

0 komen