[TRAVEL] Taman Santai Strawberi Genting | Merasai strawberi fresh disini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua





Perjalanan kami geng blogger dan juga rakan media seterusnya membawa misi Cuti-Cuti Malaysia 2014 adalah di TAMAN SANTAI STRAWBERI GENTING. Terima kasih kepada Friends of Negeri Sembilan dan Tourism Malaysia Negeri Sembilan untuk peluang berharga ini.

Jika sebelum ini bila sebut stawberi pasti kita hanya terbayang keindahan dan keasyikan Cameron Highland. Tetapi kini bagi orang-orang disebelah selatan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor tidak perlu memandu jauh berjam-jam lama untuk merasi kenikmatan buah stroberi ini kerana di Genting Highlands juga punya taman stroberi mereka sendiri.

Patik yakin selepas ni pengunjung yang melawat ke kota keriangan Genting Highlands tidak akan melepaskan peluang ke ladang Genting Highlands Leisure Farm Sdn Bhd yang telah beroperasi 3 tahun disini yang terletak tidak jauh dari Bandar Gohtong Jaya. 


Sesuatu yang unik disini, mereka mengamalkan konsep 'petik sendiri sehingga mampu' dimana pengunjung boleh memilih strawberi mereka sendiri apabila memasuki kebun ini. Seepas selepas penat memetik, korang semua akan dikira berdasarkan berat RM6.00 per kilogram.


Pada mulanya patik menganggap lawatan geng blogger dan rakan media ini hanyalah sebagai lawatan biasa, tetapi bila kami diberitahu bahawa kami semua bebas untuk makan sampai muntah, patik bagaikan tak percaya.


Dengan lafaz bismillah, kami sume dengan lahapnye bagai mendapat sesuatu yang enak teros kami petik-petik dan terok masuk kedalam mulut. Tak pernah patik merasai kenikmatan sebegini. Kalau ke Camaeron Highlands pon patik hanya akan membeli strawberi dipasar malam Brinchang. Nak masuk beli didalam kebun strawberi pula menjadi sesuatu yang mustahil.


Selain kebun strawberi, di TAMAN SANTAI STRAWBERI GENTING ini juga terdapat kebun lavaender dan bunga-bungaan yang sangat cantik. Korang akan merasai seperti berada diluar negara yang sangat cantik dengan pelbagai warna bunga-bungaan.

Selesai kami menjelajah bahagian bunga-bungaan, disini juga terdapat cafe berkonsep bangsal dimana disini terdapat pelbagai menu yang berasaskan stawberi. Seperti biasa kami disajikan dengan air strawberi yang sangat fresh dengan rasa hampas-hampas buah strawberi dan juga strawberi yang dicelup coklat.


Selain daripada menu yang sedia maklum terserlah kesedapannya, kami juga turut mengorder menu lain seperti ayam goreng disira manisan strawberi dan juga fries pedas yang sangat ohsem. Sedap sampai menjilat jari woook !!!

Kredit pic RUGGEDMOM

Terima kasih kepada Friends of Negeri Sembilan (FoNS) dan juga Tourism Malaysia Negeri Sembilan kerana menjemput patik dan rakan blogger dan juga media untuk turut serta bersama merasai pengalaman disini.

-Ahmad Fauzi Aryaan-


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 komen

  1. hoi... jgn mkn buah trus dr pokok.... ade racun... (jelez sbrnya)

    ReplyDelete
  2. hoi... jgn mkn buah trus dr pokok.... ade racun... (jelez sbrnya)

    ReplyDelete
  3. bestnyeee! harus pergi ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. pernah terlintas taman strawberry nie..tp x pernah masuk pulak...

    http://kuronofu91.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. murahnya strawberry... kenapa dkt cameron mahal?

    ReplyDelete