[TRAVEL] Victoria Bridge Kuala Kangsar | Lokasi bergambar yang best

Friday, February 07, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


Selepas mengucapkan selamat tinggal dengan keluarga angkat di Homestay Gopeng, geng media & blogger dibawa ke tempat seterusnya untuk program perasmian VICTORIA BRIDGE, KUALA KANGSAR.

Perjalanan dari homestay ke lokasi VICTORIA BRIDGE KUALA KANGSAR  yang terletak di Pekan Karai dari Gopeng ini memakan masa lebih kurang sejam dengan menaiki bas.


Sesampai dilokasi yang dituju, kami geng media dibawa menaiki VICTORIA BRIDGE dimana landasan ini tidak lagi digunakan lagi keran landasan baru telah dibina disebelah VINTORIA BRIDGE ini. 

Sedikit info berkenaan Victori Brigde ini. merupakan jambatan keretapi yang tertua di Malaysia (Malaya pada ketika itu). Jambatan ini merentasi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Dibina pada tahun 1897 dan dirasmikan pada tahun 1900 oleh Almarhum Sultan Perak iaitu Sultan Idris Shah I bersama dengan Residen-General Federated Malay State (FMS) Sir Frank Swettenham serta Sir John Pickersgill Rodger yang merupakan pemangku Residen British di Perak. 









Kehadiran kami geng media dan blogger telah disambut dengan ratusan penduduk Kuala Kangsar yang sabar menunggu kami diseberang Sungai Perak ini. Akceli patik pun tak sangka sambutan adalah sebegini hebat. 


Untuk pengetahuna semua jambatan ini dikatakan jambatan keretapi terbesar dibahagian Timur India oleh Sir Frank Swettenham. Jambatan ini mempunyai 6 tiang yang sangat besar dan kukuh diperbuat dari batu bata merah dan pernah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan ade info mengatakan jambatan ini pernah terbelah dua semasa peperangan tersebut. Ia juga dikatakan menjadi jambatan yang terpenting semasa Perang Dunia Kedua itu. 



Pakaian home guard yang masih wujud untuk tatapan pengunjung.



Tak sah kalau kunjungan Tahun Melawat Malaysia tidak disertai dengan tarian kebudayaan. Yesss patik sempat bergambar kenangan bersama mereka selepas mereka melakukan persembahan. 


Tak sah kalau kunjungan kami tidak disertai dengan merasai juadah makanan disini. Semua geng media & blogger serta tetamu dihidangkan dengan juadah yang enak berkonsepkan makan bersila. Ynag menjadi tread mark bagi negeri Perak adalah tempoyah dan juga ikan pekasan yang digoreng rangup. Perghhh sangat sedap ok!!!




Pada hari tersebut, selain majlis perasmian ini, terdapat aktiviti lain yang diadakan disekitar jambatan victoria ini seperti gerai pameran dan juga gerai-gerai jualan makanan. meriah patik tengok keadaan disini.




Yang menjadi tarikan pada hari tersebut adalah meriam yang diletopkan secara berkala. First time laa patik dengar letupan meriam secara live. Khabarnya meriam ini akan diletopkan dimalam 7 likur pada bulan Ramadhan sebagai tanda kehadiran bulan Syawal. Bunyi dia perghhhh mau gugur jantung 4, 5, 6 kali rasenye. Sampai penat-penat laa rasa terkejut tu haa. 




Masa untuk pulang. Terima kasih orang-orang Kuala Kangsar yang sudi menerima kehadiran patik dan kawan-kawan dari media & blogger. Patik secara peribadi sangat-sangat teruja dengan program seperti ini.

Bagi patik VICTORIA BRIDGE KUALA KANGSAR ini sangat sesuai menjadi lokasi pengambaran samada drama ke filem ke mahupun fotoshot untuk gambar perkahwinan. Nilai yang ada disini sangat mahal bagi patik apa bila hasilannya siap. 

Jom ke VICTORIA BRIDGE KUALA KANGSAR untuk merasai apa yang patik dah rasa.

-Ahmad Fauzi Aryaan- 


You Might Also Like

3 komen

  1. patutla riuh rendah je. rupanya ada laki bini gaduh hahaha

    ReplyDelete
  2. gayat woo naik jambatan tuh.. seram-seram sejuk jek naik.. tapi nk jugak rase loncat2 kat situ..ekekkee


    http://www.norainyusoff.com/2014/02/victoria-bridge-salah-satu-khazanah.html

    ReplyDelete
  3. lokasi yg terbaik utk photoshoot!~~ .. huhuhu meriah btul org KK sambut abam pojie hehehe

    ReplyDelete