Manjung Young Tau Foo | Resepi Tradisi Warisan Keluarga



Manjung Young Tau Foo | Resepi Tradisi Warisan Keluarga | Bertempat di RESTORAN MANJUNG YONG TAU FOO, A.F.A dan beberapa blogger lain telah dijemput untuk membuat sesi food review di restoran ini.

MANJUNG YONG TAU FOO yang yang dahulunya sangat popular di kawasan Manjung, Perak telah membuka cawangannya di Sungai Besi dek kerana permintaannya yang tinggi disini pada Febuari 2014 tempoh hari.

Restoran Manjung Yong Tau Foo. Kredit MAWARDI YUNUS [Link]
Kehadiran A.F.A dan rakan blogger lain disambut dengan meriah oleh seluruh ahli keluarga. Untuk pengetahuan semua, RESTORAN MANJUNG YONG TAU FOO ini adalah suatu berusahaan milik keluarga Tuan Haji Rashidi. Meraka anak beranak yang mengusahakan perniagaan ini bermula dari Manjung, Perak sana tu sehinggalah terbinanya cawangan disini.

Resepi tradisi warisan keluarga - moto

Keadaan restoran
Boleh dikatakan semasa kehadiran kami ini, pelanggan yang datang memang tak pernah berhenti walaupun dalam keadaan hujan sedang melanda kawasan Sungai Besi. Rata-rata ingin merasai kenikmatan MANJUNG YONG TAU FOO.

Bahan-bahan
Mengikut pemilik restoran ini, MANJUNG YONG TAU FOO ini telah wujud pada sekitar tahun 1985 dan kini telah lebih dari 25 tahun mereka beroperasi. Bermula secara kecil-kecilan ditapak pasar malam sehinggalah terbinanya kedai makan yang dipanggil DARUL HUDA CORNER dan akhirnya satu lagi cawangan dibuka di Sungai Besi ini.

Keunikan di MANJUNG YONG TAU FOO ini adalah pada SUP dan SAMBAL PENCICAH. Sup renehan dari resepi rahsia dan juga sambal pencicah ini memang memberi 1 kelainan kepada pelanggan terutamanya A.F.A sendiri.

Penyediaan yong tau foo
Secara peribadi, kalau A.F.A beli yong tau foo dipasar malam, ianya hanya akan dimakan makan dengan kuah ala-ala rojak pedas manis dan ada sesetengah pelanggan yang meminta sup tetapi sup itu diambil daripada periuk yang mencelur segala bahan-bahan celuran. 

Tetapi disini sup yang disediakan sangat sedap dan sudah tentunya ianya ASLI dan HALAL. Korang tak kan dapat rasa sup sesedap ini dipasar-pasar malam. Memang pergghhh !!!

Yong tau foo yang istimewa
Keistimewaan di RESTORAN MANJUNG YONG TAU FOO ini memang terletak pada resepi yong tau foo nya dengan SUP dan SAMBAL PENCICAH yang memang istimewa. Berhati-hati dengan tahap kepedasan SAMBAL PENCICAH kerana jika dituang terus kedalam SUP, ianya mungkin akan 'terbakar'. Jadi cara selamat adalah dengan mencicah bahan-bahan sambil menghirup sup istimewa ini.

Mee Bandung Yong Tau Foo. Kredit MAWARDI YUNUS [Link]
Selain menu YONG TAU FOO, kami juga dihidangkan dengan MEE BANDUNG YONG TAU FOO. Satu lagi kelainan bagi A.F.A sendiri. Kita biasa makan mee bandung yang biasa tetapi di RESTORAN MANJUNG YONG TAU FOO ini mee bandung ini dimasak sekali dengan bahan-bahan sama dengan penyediaan yong tau foo. Yesss menu ini juga menjadi pilihan pelanggan disini. 

D'Bandung Special. Kredit MAWARDI YUNUS [Link]
Sebagai penghilang dahaga, air D'BANDUNG SPECIAL ini juga menjadi pilihan pelanggan disini. Dengan rasa soda dan ditambah dengan ais krim dan cincau menjadikan ianya perghhh kecur air liur woiii.

Kuey Teow Kerang Yong Tau Foo. Kredit MAWARDI YUNUS [Link]
Menu lain yang dihidangkan adalah KUEY TEOW KERANG YONG TAU FOO yang sangat unik. Penyediaan ditambah dengan memasukkan bahan-bahan yong tau foo menjadikan kelainan menu ini. SAMBAL PENCICAH yang digunakan untuk mencicah yong tau foo ini berfsifat universal dimana menu lain yang dihidangkan akan ditemani SAMBAL PENCICAH ini. Kalau laaa dijualnya SAMBAL PENCICAH ini, A.F.A pasti akan dapatkannya. Memang pedas menyengat tetapi sedap !!!


Otak-otak MANJUNG YONG TAU FOO
Sebagai kudap-kudapan, OTAK-OTAK MANJUNG YONG TAU FOO juga dihidangkan. Kelembapan dan keenakkan menjadikan kalau dah rasa sekali habis sebakul nak diselesaikan. Haaaa nampak tak kesedapannya disitu.

Bagi sesiapa yang ingin merasai apa yang A.F.A dah rasa ni, korang boleh terus ke RESTORAN MANJUNG YONG TAU FOO, boleh kealamat berikut dan korang tak akan menyesal: 

RESTORAN MANJUNG YONG TAU FOO
The Trillium Sungai Besi (Lot kedai berhampiran dengan LRT Sungai Besi)
*Landmark BANK MUAMALAT*

Facebook: Manjung Yong Tau Foo [Link]
Instagram: Manjungytf
Jangan lupa untuk hashtag #manjungyongtaufoo bila merasai MANJUNG YONG TAU FOO yeee.

Terima kasih kepada pemilik RESTORAN MANJUNG YONG TAU FOO kerana melayan kami semua dengan mesra sekali. Semoga perniagaan kalian sekeluarga akan bertambah-tambah. InsyaAllah.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen