Seri Baling Inn, Baling Kedah | Kediaman Yang Mengasyikkan


Seri Baling Inn, Baling Kedah | Kediaman Yang Mengasyikkan | Selepas merasai PUTU PERAK [Link] dalam perjalanan ke kedah dan sempat bermalam di DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB [Link] yang terletak di Jitra, Kedah dan merasai kenikmatan SOTONG KANGKUNG [Link] yang disediakan oleh pihak kelab golf, kami rakan blogger dan media bergerak ke sebuah tempah didaerah Baling bagi sesi EKSPLORASI MEDIA SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014.

Seri Baling Inn
SERI BALING INN menjadi lokasi bermalam kami selesai beraktiviti dikawasan Jitra, Kedah. Terima kasih kepada Majlis Daerah Baling kerana menyediakan kami tempat yang sangat selesa untuk kami bermalam. Terletak di Bukit Charuk Nau, Baling, KEDAH dan dikelilingi kawasan kampung menjadikan SERI BALING INN mempunyai aura tempat penginapan didalam kampung. Yesss sangat nyaman dan tenang disini.

Program Promosi Perlancongan Daerah Baling Bersama Media & Artis

Abang Aziz Desa

Encik Yazlan Sunardie 
Kehadiran kami disambut dengan meraih oleh pihak SERI BALING INN dan juga pihak MAJLIS DAERAH BALING. Kami disini sebagai persediaan untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan diantara team blogger dan media bersama team MDB.

Makan malam yang disediakan
Seperti biasa kehadiran tak lengkap tanpa sebarang juadah. Makan malam kami disediakan oleh pihak SERI BALING INN yang sangat sedap dan menyelerakan.

Pencuci mulut & kuih muih
Ditambah pula dengan beraneka juadah pencuci mulut yang rata-ratanya sempat laa A.F.A rasai. Ada roti jalan, crea puff, bubur caca dan bermacam-macam lagi. Pendek kata hilang laaa diet A.F.A sepanjang program ini. Hahahaha
Minuman sejuk & panas

Makan yang sempat diambil
Tadaaaa. Hasil tangkapan A.F.A dan rakan lain. Konsepnye adalah ambil-ambil dan penuhkan meja. Hahaha. Tapi alhamdulillah tiada yang membazir.

Keadaan bilik yang sangat selesa
Malam tersebut A.F.A diberikan bilik sensorang kerana penyanyi Pak Long yang dijangka akan bermalam dengan A.F.A tidak dapat hadir kerana ada urusan lain dan yesssss A.F.A bermaharajalela didalam bilik yang serba selesa.

Tandas yang bersih
Kalau berkunjung dimana-mana hotel atau tempat penginapan, A.F.A suka menjengah ke ruang bilik mandinya. Yesss kelihatan bersih dan memang sangat selesa dan dekorasi yang sangat cantik. 

SERI BALING INN menyediakan BILIK STANDARD dan juga BILIK SUITE. Untuk BILIK STANDARD, harga bermula RM130/malam dan BILIK SUITE, RM260/malam dilengkapi dengan hidangan sarapan pagi untuk 2 orang.

Bagi sesaipa yang ingin merasai SERI BALING INN boleh ke alamat berikut:

SERI BALING INN
Jalan Bukit Charuk Nau 
Baling Kedah

Facebook: Seri Baling Inn [Link]

Terima kasih kepada SERI BALING INN yang menyediakan penginapan 1 malam disini. Semoga kita berjumpa lagi yeee.


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. Apa yangbest di baling kedah yg boleh dilawati ye?

    ReplyDelete