SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA BALING KEDAH MENYIMPAN KHAZANAH KEMERDEKAAN NEGARA


SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA BALING KEDAH MENYIMPAN KHAZANAH KEMERDEKAAN NEGARA

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA BALING KEDAH MENYIMPAN KHAZANAH KEMERDEKAAN NEGARA | Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Jalan Pegawai, Baling, Kedah Darul Aman yang dahulunya dipanggil Baling English School adalah sebuah lagi tempat tarikan perlancongan di Daerah Baling. Sekolah yang telah menjadi saksi kepada suatu kisah sejarah yang sangat penting buat negara kita Malaysia. Tempat yang suatu masa dahulu telah dilakukan suatu perjanjian penting yang dipanggil PERJANJIAN BALING 1955.

Mengikut sejarah, Perjanjian Baling 1955 telah terjadi pada 28 dan 29 Disember 1955 antara Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng dan juga Tunku Abdul Rahman sebagai wakil dari Tanah Melayu. Rombongan Tunku Abdul Rahman Perjanjian ini bertujuan untuk melepas tanah melayu daripada dijajahi oleh pihak komunis. 

Sekolah Kebangsaan Tunku Putera
Sekolah Kebangsaan Tunku Putera
Bersempena program EXPLORASI MEDIA BERSEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 tempoh hari A.F.A dan beberapa rakan media lain telah diberi peluang untuk melihat sendiri tempat dimana perjanjian yang bersejarah ini berlangsung. 

Insan yang mengetahui kisah belakang tabir
Cikgu di Sekolah Kebangsaan Tunku Putra merupakan seorang guru yang sudah lama berkhidmat di sekolah tersebut dan beliau yang banyak mengetahui kisah disebaik PERJANJIAN BALING 1955 yang lalu. 

Untuk pengetahuan pembaca semua, apa yang dipamerkan di GALERI PUTERA ini adalah sebahagian peninggalan yang tinggal. Ada diantara peninggalan telah hilang dan ada yang telah rosak dek ditelan zaman. Digaleri ini dikatakan pernah menjadi tempat tinggal sementara bagi Chin Peng dan rombongannya tinggal sepanjang 2 hari bersidang. 

Galeri Putera tempat dimana bahan sejarah dipamerkan
Galeri Putera tempat dimana bahan sejarah dipamerkan
Meja rundingan yang diguanakn semasa rundingan antara Tunku Abdul Rahman & Chin Peng
Meja rundingan yang diguanakn semasa rundingan antara Tunku Abdul Rahman & Chin Peng

Turut dipamerkan digaleri ini adalah MEJA RUNDINGAN yang sama digunakan semasa rundingan diantara Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng dan yang paling patik teruja adalah KIPAS yang dikatakan kipas peninggalan yang masih selamat dan masih ada digaleri ini. 

Selain bahan peninggalan sejarah yang dipamerkan, galeri ini turut mempamerkan bahan penceritaan apa yang berlaku sepanjang persidangan PERJANJIAN BALING 1955 ini. 

Keadaan semasa rundingan berlangsung
Keadaan semasa rundingan berlangsung
Wajah Chin Peng
Wajah Chin Peng
Tunku Abdul Rahman dan deligasi semasa menuju untuk rundingan
Tunku Abdul Rahman dan deligasi semasa menuju untuk rundingan
Bilik ini dikatakan digunakan oleh Chin Peng untuk berehat & bermalam semasa rundingan selama 2 hari itu
Bilik ini dikatakan digunakan oleh Chin Peng untuk berehat & bermalam semasa rundingan selama 2 hari itu
Kipas yang masih ada semasa Perjanjian Rundingan Baling 1955
Kipas yang masih ada semasa Perjanjian Rundingan Baling 1955
Apa pun pengalaman penulis berada di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera sedikit sebanyak dapat menyedarkan penulis secara peribadi dan yang lain yang lahir selepas tahun kemerdekaan bahawa untuk mendapat kemerdekaan itu suatu yang susah dan mereka inilah insan-insan yang berusaha kearah kemerdekaan negara tercinta ini.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 komen

  1. old school betul dia punya kipas,hahaha, ni trip yg aziz desa haritu ke?

    ReplyDelete
  2. sapa tau nama pengasas sk tunku putra

    ReplyDelete
  3. sapa tau nama pengasas sk tunku putra

    ReplyDelete