[TRAVEL] Libra Starcruise | Makan Malam Mewah (3M)


Persembahan meja makan
Libra Starcruise | Makan Malam Mewah (3M) | Pengalaman merasai makan malam diatas kapal mewah LIBRA STAR CRUISE adalah suatu pengalaman yang sangat hebat didalam hidup Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A).

Tempoh hari A.F.A dan beberapa rakan blogger lain telah diberi peluang untuk merasai pengalaman 2 hari 1 malam berada didalam kapal mewah milik GENTING GROUP.

Keadaan diatas deck 9 (tingkat 9) didalam kapal Libra Star Cruise
Untuk pengetahuan semua kehadiran A.F.A dan rakan blogger lain adalah kerana memenuhi undangan pihak cruise sempana Malam Anugerah Agen Perlancongan 2014 diatas kapal tersebut yang bertemakan HAWAI.

Kebanyakkan hadirain yang menghadiri adalah mereka yang berbangsa cina dan mereka adalah antara yang sangat aktif didalam dunia perlancoangan di Malaysia dan juga luar Malaysia.

ALOHA - tema berkonsep hawai

Persembahan nyanyian
Juga diselitkan hiburan nyanyian oleh staf LIBRA STAR CRUISE yang sangat sedap didengari. Aktiviti kami pada malam itu adalah makan, makan dan makan sehingga ketitisan terakhir. Hahahaha.

Keadaan malam dinner diatas kapal mewah
Bagi mereka yang sangsi dengan hidangan diatas kapal ini, A.F.A dimaklumkan makanan yang dihidangkan diatas ni adalah HALAL dan meraka mempunyai sijil HALAL daripada JAKIM. Jadi tiada masalah kita sebagai warga muslim untuk bercuti diatas kapal mewah ini

Kambing panggang yang sangat sedap
Menu kambing golek dan bbq lain adalah hidangan yang menjadi tumpuan bagi pengunjung kapal mewah ini. 

Makanan yang berkonsep western
Spegeti, baked potato, baked corn dan mixed vegetables adalah anatara makanan western yang dihidangkan kepada kami. Patik sangat suke dengan baked corn yang sangat juicy dan sisalut dengan mentega yang berkrim. 

Hidangan salad dan pembuka selera
Bermacam jenis buahan dan sayuran yang dihidang sebagai pembuka selera. A.F.A sempat juga menjamah sedikit makanan dibahagian ini. Kesemuanya first class !!

Hidangan minuman
Minuman lemonade, fruit punch adalah antara minuman yang dihidangkan kepada tetamu. Dan pilihan A.F.A adalah fruit punch. 

Dekorasi kepala meja daripada seketul ais
Selain makana yang sangat menyelerakan, dekorasi juga memainka peranan yang penting sebegai halwa mata tetamu yang melihat. Dengan ukiran ikan lumba-lumba daripada ais ini dan dipancari dengan suluhan lampu mnjadikan hidangan makanan menjadi makin menarik.

Kek dan pencuci mulut
Bermacam jenis manisan pencuci mulut yang dihidangkan untuk kami rasai. Kesemua hidangan yang dihidangkan memang berkelas 5 bintang sesuai dengan taraf kapal mewah ni.

Antara hidangan yg A.F.A ambil
Dan akhirnya A.F.A berjaya membawa pulang kemeja untuk dimakan pada malam tersebut. Ini baru sebahagian jee, yang tak masuk frame lain ceritanya yee. Hahahaha

Penunjuk cara menyelamatkan diri
Sedang kami asyik menjamah makan malam kami, tiba-tiba kami diminta memberi perhatian dengan beberapa anak kapal yang akan meunjukkan cara menggunakan pelampung penyelamat sekiranya kapal mewah ini berada didalam kecemasan.

A.F.A ingat kan hanya didalam kapal terbang jeee ade menunjukkan kaedah menyelamatkan diri, tetapi didalam kapal mewah LIBRA STAR CRUISE ini juga korang akan diberikan arahan seperti didalam kapal terbang.

Selesai makan malam, A.F.A dan beberapa rakan blogger lain melayan perasaan dibahagian deck 10 (tingkat 10) iaitu bahagian yang paling tinggi didalam kapal ini. Angin yang menghembus sangat nyaman bila berada jauh dari daratan. 

Keadaan dari deck 10 (tingkat 10) kapal mewah Libra Star Cruise
Berakhirlah kisah percutian 2 hari 1 malam A.F.A dan juga blogger lain diatas kapal mewah LIBRA STAR CRUISE ini. A.F.A sangat teruja dan sangat berterima kasih kepada pihak LIBRA STAR CRUISE kerana memberi peluang kepada A.F.A dan juga rakan blogger lain merasai pengalaman ini. 

Terima kasih LIBRA STAR CRUISE !!!!

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 komen