Biskut Mayat | Kenapa Dipanggil Mayat?


Biskut Mayat | Kenapa Dipanggil Mayat? | Bila petang menjelma, masyarakat Malaysia lebih suka untuk menikmati minum petang dipelbagai tempat dengan pelbagai jenis menu. 


Tidak dinafikan aktiviti minum petang ini menjadi kewajipan bagi ramai orang sementara menunggu untuk makan malam. 

Tapi korang pernah terbayangkan untuk menikmati minum petang dengan menu yang dipanggil BISKUT MAYAT? Kenapa biskut ini dipanggil biskut mayat? Adakah ianya berbentuk kejung seperti mayat yang kaku? 


Hahahaha. Jujur patik agak nak tergelak dengan nama biskut ni. Dalam banyak-banyak benda kenape laaa diberikan nama mayat dekat biskut ni. Apa laa dosa biskut tu sampai diberi nama sedemikian rupa. 

Bagi patik, biskut ni selalunya akan patik rendam kan didalam air panas dan biarkan dia kembang sedikit dan akhirnya sedap dimakan. Struktur biskut ini lebih kurang dengan biskut petang dan memang sesuai dimakan dengan untuk minum petang. 

Walaupun nama BISKUT MAYAT ini agak menyeramkan, tapi kenikmatannya memang sangat dirasai tatkala menikmati minum petang bersama keluarga mahupun sahabat handai. 


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 komen

  1. eh baru perasan blog engko dah baru erk . ke tukar wordpress

    ReplyDelete
  2. Sedap cicah air tu.

    Kat tempat LM biskut mayat nya tu biskut lebat cream creaker tu. sbb panggil gitu sbb biasanya org hidang ngan air utk org yg utus jenazah. Nk masak x blh sbb ada jenazah dlm umah lg..

    ReplyDelete
  3. biskut lutut lah..

    ReplyDelete