Lunch Buffet di CAFE@PICC | Lokasi Kisah Kita

Tuesday, April 01, 2014



Lunch Buffet di CAFE@PICC | Lokasi Kisah Kita | Bertempat di CAFE@PICC kami sekumpulan Pegawai Sains dari UPM mengadakan sedikit majlis perpisahan salah seorang daripada kami. Majlis simple ini dibuat adalah kerana beliau telah mendapat peluang baru ditempat lain.

Pada mulanya lokasi majlis yang dipilih agak bermasalah. Selepas berfikir dan dengan menggunakan peluang food review lunch buffet di CAFE@PICC [Link] tempoh hari, maka A.F.A telah mencadangkan untuk mengadakan majlis ini di CAFE@PICC

Pada mulanya A.F.A berasa agak cuak juga dengan penerimaan orang lain untuk pakej lunch buffet ini samada suka atau tidak. Biasalah lain orang akan memberi persepsi yang berbeza. Tapi A.F.A layankan saja. 

Tempat yang disediakan untuk kami

Ruang makan dibahagian lain

Setibanya kami di CAFE@PICC, keterujaan masing-masing telah nampak. Rata-rata daripada kawan-kawan A.F.A sangat teruja dan bagaikan tidak percaya dengan promosi serendah RM15.00 sekepala yang diberikan oleh pihak PICC

Pada awalnya A.F.A telah membuat booking kerana takut akan full dan bila tiba disana, kami diberikan dengan meja panjang disebabkan kuantiti kami yang agak ramai. Yesss betul dengan kondisi tempat yang sangat selesa & memang sangat berbaloi dengan harga lunch buffet serendah RM15.00 sekepala

Keadaan sekeliling cafe

Sesi makan kami pun bermula. Masing-masing dah tak sabar untuk merasi pengalaman untuk makan tengahari dengan harga bagai hilang ingatan iaitu RM15.00.

Lauk-lauk melayu

Bagi pembaca blog Ahmad Fauzi Aryaan semua, lunch buffet ini akan bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 3.00 petang dengan pakej serendah RM15.00 sekepala. Hidangan disini terdiri daripada lebih daripada 65 jenis hidangan bermula dengan pembuka selera, makanan utama dan pencuci mulut.  Memang orang kata memang kenyang makan lauk jee laaa sebab lauk-lauk yang dihidangkan adalah sangat lazat. 

Secara peribadi A.F.A sangat suka dengan menu ayam masak merah, ikan keli masak lemak, siput sedut masak lemak dan ikan talapia masak sambal. Pendek kata semualah sedap-sedap belaka dan memang tidak rugi untuk dicuba. 

Lauk-lauk yang sangat banyak

Apa yang menarik di CAFE@PICC ini selain daripada menu dia yang sangat lazat, pemandangan yang sangat cantik berlatarkan bangunan Putrajaya sangat menggamit perhatrian kepada siapa yang melihatnya. 

Pelbagai jenis bubur sebagai pencuci mulut 

Pelbagai jenis kerabu sebagai pembuka mulut

Antara makanan yang A.F.A ambil

Kesimpulannya masing-masing sangat berpuas hati dan merasakan pakej ini adalah pakej yang sangat berbaloi dan ada diantara kami yang telah booking untuk membawa family untuk makan disini. A.F.A sebagai pencetus idea berasa sangat gembira dengan promosi yang A.F.A berikan 

Sedikit cenderahati buat kenangan

Akhir sekali buat HANUM, A.F.A ucapkan selamat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi dimasa hadapan. Keceriaan dan kerjasama yang baik yang telah diberikan akan menjadi kenangan kami, pegawai-pegawai lain disini. Semoga bersahabatan kita semua akan berkekalan selamanya. 

Kepada sesiapa yang ingin merasai Lunch Buffet di CAFE@PICC boleh terus berhubung dan mention nama A.F.A untuk urusan yang special. Hahahahah :

En. Din: 019-4707794
Cik Kumari: 03-88876015

You Might Also Like

2 komen

  1. pojie,bila nk jumpa belanja makan, kerja kau makan sahaja hari hari riview makan..haha

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..mak aiii penuh sampai xnampak nasi hehehe

    ReplyDelete