Pop, The Soda | Evolusi Minuman Soda

Thursday, April 24, 2014


Pop, The Soda | Evolusi Minuman Soda | Minuman soda selalu dikaitkan dengan Coke, Pepsi dan sebagainya. Tahukah anda, di Malaysia kita juga punya minuman soda yang tidak kurang hebatnya. 

Tempoh hari, patik sempat berkunjung ke Art Sphere, The Atmosphere Seri Kembangan untuk melihat-lihat lukisan mural yang seakan 3D yang terletak di I-City Shah Alam selepas selesai menghadiri event dekat FARIM IN THE CITY tempoh hari. . 

Sebenarnya patik sudah tahu tentang kisah lukisan yang cantik ni. Tetapi tidak berkesempatan untuk kesana. Bila dah sampai dekat area Art Sphere tu, kebetulan dibuka bazar jualan untuk peniaga-peniaga kecil ni. 

Patik melihat air botol yang sangat unik. Sungguh kelihatan sangat old school designnya. Khabarnya, POP, THE SODA ini adalah jenama baru yang diusahakan oleh orang melayu kita yang terletak di Putrajaya. 

Patik merasai 2 jenis Pop, The Soda
Terdapat 5 jenis perasa yang sangat unik kerana didatang dengan perisa buah-buahan tempatan. Antaranya buah pisang, nenas, durian belanda, mangga dan laici. Rasa yang dikeluarkan oleh POP, THE SODA ini sangat unik. Diberikan dengan nafas soda didalam air tersebut menjadikan ianya sesuatu yang sangat unik. 

Lagi 1 keunikkan POP, THE SODA ini, mereka tidak memasarkan air botol ini dikedai-kedai tetapi korang mungkin boleh jumpa botol-botol 'lama' ini di uptown, down town, bazar-bazar inde. Kiranya agak ekslusif untuk mendapatkan POP, THE SODA ini. 

jadi kepada sesiapa yang ingin merasai POP, THE SODA ini atau ingin bertanya mengenai POP, THE SODA ini, boleh laaa intai-intai: 


Facebook : POP THE SODA 
Hashtag instagram : #popthesoda

You Might Also Like

2 komen