Kacang Pool | Makanan Kegemaran Orang Johor

Kacang Pool | Makanan Kegemaran Orang Johor | Sebenarnya abam kaw ni haaa baru jee mencuba merasai menu baru yang diperkenalkan oleh kawan office abam kaw ni haaa. KACANG POOL. Apa sebenarnya rasa kacang pool itu ek??

Untuk pengetahuan pembaca blog Ahmad Fauzi Aryaan semua, menu ini sangat popular dikalangan masyarat di negeri Johor dan sekitar Singapura. Dahulu ianya dikatakan berasal dari negara arab dan lama-kelamaan menjadi makanan yang sangat sinonim dengan Johor.

Pertama kali melihat menu kacang pool ini aba kaw rasa sangat teruja untuk merasai. Ianya selalu dimakan samada dengan roti kosong, roti canai atau pun lempeng. Tetapi apa yang abam kaw dapat ni, ianya dimakan dengan roti yang dibakar separuh. Bila lihat adanya limau kasturi, telur mata kerbau ini menjadikan menu kacang pool ini sangat unik sebab abam kaw ni tak pernah laa cuba makanan seperti ini hoiii. 

Apa yang abam kaw rasai setelah mengunyahnya, rasa kacang pool ini seakan-akan baked been yang dijual didalam tin dan ditambah dengan rasa daging hancur didalamnya dan tidak dilupakan rasa bawang dan juga cilipadi sebagai penambah selera. Kalau nak makan dengan asyik sekali limau tadi hendaklah diperah supaya kemasaman limau akan bercampur dengan rasa lemak-lemak kacang pool ini.

Jadi kepada pembaca blog Ahmad Fauzi Aryaan ni, jom kita merasai dan mencuba menu kacang pool kerana kelainan boleh kita rasai didalam menu ini. Abam kaw ni dah rasa. Anda bile lagi??


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 komen

  1. perghhh first time tahu ni. Kacang pool tu pun baru tahu bila baca entry fauzi ni. Kena mencuba ni. Ekekekke

    ReplyDelete
  2. aunty ada buat tapi tak tahu nama apa..hehehhe saya panggil sambal tak pedas hahahaha

    ReplyDelete
  3. Hurmmm..... memang best tapi leceh skit nak cari kat area kl nie.... kena jauh skit berjalan... huhuhuhu

    ReplyDelete