MURTABAK JAWA MAKANAN POPULAR SABAH

Wednesday, May 28, 2014


MURTABAK JAWA MAKANAN PUPULAR SABAH | Korang pernah dengar MURTABAK JAWA? Sebenarnya abam kaw tak pernah dengar makanan ini. Mungkin agak pelik bagi abam kaw ni haaa. 

Bila berkunjung ke Ranau, Sabah korang pasti teruja untuk teruja untuk merasai makanan yang popular di Ranau, Sabah iaitu MURTABAK JAWA. Abam kaw ingat dekat semenanjung jeee ade keturunan jawa ni tetapi disana pun masyarakat jawa sangat ramai sehinggakan makanan ini muncul. Abam kaw sebagai orang jawa pun tak pernah laaa dengar nama murtabak sebegini. 

Untuk pengetahuan semua, murtabak ini agak berlainan sedikit berbanding dengan murtabak disemenanjung keranan MURTABAK JAWA ini isinya adalah sayur kubis. Untuk yang lebih special, isi ayam atau daging akan diletakkan sekali didalam murtabak ini. 

Cara menggoreng murtabak jawa
Cara menggoreng murtabak jawa
Cara memasaknya hampir serupa dengan murtabak disemenajung tetapi yang berlainannya adalah ianya dimasak dengan minyak yang agak banyak ala-ala seperti menggoreng. Agak mudah, tetapi orang yang pakar lebih mengetahui cara sebenar untuk membuatnya. Hehehe

Murtabak jawa
Murtabak jawa
Rasa MURTABAK JAWA ini sedikit berlainan kerana cara makannya adalah dengan mencicah sos. Yesss sangat-sangat berlainan bagi abam, kaw ni haa. Struktur murtabak ini adalah rangup dan sangat sedap. Ianya mungkin unik bagi rakan-rakan dari semenanjung yang tidak pernah merasai MURTABAK JAWA ini.  

Sabah memang kaya dengan pelbagai jenis makanan unik kerana disana kita sedia maklum terdapat banyak jenis etnik dan pasti masing-masing punya makanan masing-masing dan patut diketengahkan. 

Apa pun terima kasih kepada Tourism Sabah kerana membawa abam kaw kesini. Sabah best !!!

You Might Also Like

2 komen

  1. perghh sedap gileeee.. tk pernah lg ke sabahannnn..

    lama tak singgah sini.. sorri. baru nak try blog walking balik..

    ReplyDelete
  2. Sangat unik kerana di jawa pun murtabak tu kebanyakan dari bandung ataupun bangka

    ReplyDelete