Penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) | Pengalaman Pertama




Penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) | Pengalaman Pertama | Alhamdulillah sejak dua menjak aktif didalam dunia blogging ni, abam kaw telah diberi peluang untuk menerokai banyak tempat disemenanjung telah abam kaw terokai. 

Bila diberi peluang untuk sampai ke Kota Kinabalu, Sabah dengan menaiki Malaysia Airlines Sytem (MAS), abam kaw sangat-sangat teruja kerana ini adalah kali pertama abam kaw menaiki jenis penerbangan ini. 


Pertama kali berada di KLIA sebagai salah seorang penumpang disini menjadikan rasa membuak-buak seronok tu menjadi-jadi. Berharap sesuatu yang seronok akan berlaku disana nanti. Lawatan yang abam akan ingat sampai bila-bila.

Terima kasih kepada Malaysia Airlines System (MAS) kerana menaja penerbangan abam kaw pergi  ke Kota Kinabalu, Sabah dan bpulang semula kesemenanjung melalui Tawau, Sabah

Balai berlepas
Bila diberitahu bahawa gate untuk keflight sudah dibuka, perasaan cuak sume ada. Entah laa abam kaw pon tak tahu nak cerita macam mana. Semua bercampur baur didalam diri. Semua kerana pengalaman pertama dengan Malaysia Airlines System (MAS).

Kapal yang akan dinaiki
Langkah demi langkah abam kaw susun dengan teratur semasa menuju ke kapal bagaikan melangkah diatas runway memperagakan pakaian yang indah. Hahahaha. Memang berangan sangat kaw Ahmad Fauzi Aryaan. Hahaha.

Keadaan didalam kapal
Masa untuk mencari tempat duduk. Untuk pengetahuan semua, bilangan rakan media dan rakan blogger lain adalah lebih kurang 45 orang dan mostly didalam flight ini adalah rakan-rakan kami. So tiada istilah kekok untuk bertegur sapa. Yess !!!

Kemudahan hiburan yang santai disediakan
Selesai mendapatkan tempat duduk, masa untuk memulakan penerbangan. Penerbangan dari KLIA ke Kota Kinabalu, Sabah memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Sepanjang penerbangan, abam sempat laa godak-godak apa kemudahan yang disediakan didalam kapal. 

Setiap orang yang menaiki flight ini akan diberikan sorang satu ear phone untuk mendengar melalui sitem skrin dihadapan tempat duduk. So tidak akan mengganggu orang yang duduk disebelah. 

Hidangan MAS
Penerbangan yang memakan masa 2 jam 30 minit ini tidak akan bosan kerana korang akan dihidangkan dengan makanan. Bagi yang tidak pernah menaiki MAS seperti abam kaw ni haaa, mereka akan memberikan hidungan makanan sebagai lapik perut sepanjang penerbangan. 

Nasi goreng ayam
Nasi putih bersama ikan masak sweet sour.

Antara makanan yang dihidangkan semasa penerbangan abam kaw ni haa. Nasi goreng ayam & nasi putih ikan masak sweet sour beserta sayur goreng campur.

Yess pengalaman yang sangat berharga abam kaw sebagai penumpang Malaysia Airlines System (MAS). Terima kasih MAS kerana membawa abam kaw untuk merasai pengamalan penerbangan kali ini. Terima kasih juga Tourism Sabah kerana membawa kami semua rakan media ke Sabah untuk sesi Regatta Lepa 2014.


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen