Signature Cafearo by Yves | Sajian Makanan Barat, Timur dan Fusion

Sunday, May 11, 2014



Signature Cafearo by Yves | Sajian Makanan Barat, Timur dan Fusion | Melangkah ke bangunan pusat beli belah 1 Shamelin yang terletak Cheras, mata abam kaw mencari dimanakah lokasi food review abam kaw kali ini.

Restoran Signature Cafearo by Yves adalah lokasi food review abam kaw kali ni. Dengan lot premis yang sangat tersergam indah berwarna hijau, abam tak sabar untuk masuk dan merasai pengalaman di restoran ini.

Restoran ini menyediakan ruang makan yang sangat selesa untuk pengunjung yang ingin makan disini samada ruangan luar bagi mereka yang ingin suasa santai sambil menghisap rokok atau pun ruangan berhawa dingin dibahagian dalam lot premis.

Ruang makan disebelah luar turut disediakan
Ruangan makan yang sangat santai dan bagi abam ianya adalah sangat berlainan dengan restoran yang pernah abam singgah menjadi daya tarikan disini.Pilihan kerusi rotan ini dan ditambah dengan kusyen oren menaikkan keindahan restoran ini untuk menikmati makanan. 

Dekorasi yang sangat santai dan cantik
Untuk pengetahuan semua, Signature Cafearo by Yves mengambil nama seorang chef direstoran ini yang bernama Yves. Restoran ini adalah sebuah restoran HALAL yang menyajikan makanan barat, timur dan juga gabungan makanan yang diubah mengikut selera kita orang timur. 

Bagi mereka yang sangat memilih bab makanan dan sentiasa menjaga kesihatan, mereka menyajikan makanan yang sangat terbaik kerana menggunakan minyak zaitun didalam penyediaan mereka pada harga yang sangat munasabah dan sangat berbaloi.

Sebagai permulaan, abam kaw dan rakan blogger lain telah memilih untuk minum ribenna fizzy yang berharga RM6.60. Yess harga yang sangat berbaloi dengan persembahan yang diberikan. Sebenarnya terdapat pelbagai jemis minuman yang disediakan disini. Antaranya :

Flat White
Affogato
Refreshing Fruit Juices
Oreo Mint Ice Cream Milkshake
Virgin Mojito
Fizzy drinks

       - Ribena Fizzy, Mango Fizzy, Passion Fruit Fizzy, Strawberry Fizzy, Kiwi Fizzy, Mix Berry Fizzy-
Smoothies
Cafe Latte
Honey Cafe Latte
Caramel Cafe Latte
Hazelnut Cafe Latte 
 
Pelbagai jenis minuman
Minuman blended juga disediakan
Kemudian kami dihidangkan dengan makanan yang menjadi pilihan dan signature bagi restoran ini. Jom saksikan.

Vast Ocean Salmon Salad - RM 15.90

Vast Ocean Salmon Salad - Hidang pembuka selera yang terdiri daripada salmon salai, tomato ceri, bawang, asparagus dan ditaburi dengan kekacang dan hirisan timun dan ditambah dengan rasa masam mayonis sesuai bagi mereka yang menjaga bab kesihatan.

Smoked Salmon & Spinach Quiche - RM 15.90

Summer Angel - RM 14.90

Summer Angel - Hidang salad yang terdiri daripada hirisan nenas, ketulan ayam bermadu, betik, apple, kismis, kekacang dan tomato ceri yang dipanggang dihiasi dengan sohun yang digoreng rangup dan digaul dengan sos yang dibuat sendiri dengan rasa istimewa.

Smoked Duck Pesto Fettuccine -RM 17.90

Smoke Duck Pesto Fettuccine - Salah satu hidangan utama yang terdiri daripada daging itik salai, tomato ceri dan sesame yang dimasak dengan sos pest buatan sendiri. Semua bahan yang digunakan adalah fresh dan sihat.

Soft Shell Crab Mustard Mayo Wrap - RM 13.90
Soft Shell Crab Mustard Mayo Wrap - Hidangan yang bagi abam pertama kali rasai kerana bilamana ketam lembut dibalut dengan roti yang sangat empuk dan ditambah dengan kesegaran salad didalamnya. 

Oceanic Secret Night - RM 18.90

Oceanic Secret Night -  Hidangan utama yang mengandungi potongan salmon yang disalai, labu yang dipotong dadu, tomato yang dibakar elok dan hirisan buah zaitun hitam. Sesuai bagi mereka yang menjaga bab pemakanan.

Soft Shell Crab + Ham Cheese Bake Egg Rice - RM 19.90
Soft Shell Crab + Ham Cheese Bake Egg Rice - Hidangan utama yang sangat unik kerana bahan-bahan terdiri daripada nasi yang dianggang dengan cheese, telur dan dihiasi dengan ketam lembut. Memang sangat teruja merasainya.


Roasted Mushroom Soup  - RM 8.90
Roasted Mushroom Soup - Boleh dikellaskan sebagai menu utama bagi sesaiap yang menjaga pemakanan. Sup cendawan yang diberi rasa yang istimewa ini memang sedap dimakan dengan roti perancis yang dibakar elok. Rasa cendawan yang direneh elok sangat menggelodak rasa.

Carrot Cake - RM 7.90
Carrot Cake - Menu pencuci mulut ini adalah yang menjadi pilihan abam kaw. Rasa carrot cake yang tidak terlalu manis ditambah dengan structure nya yang sangat kukuh dan tida berderai menjadikan ianya suatu pilihan sekirana kesini. Untuk lebih kenikmatan boleh cuba dengan siraman jus lemon untuk mengahsilkan rasa yang boommm !!

Coffee Cheese Cake - RM 8.90
Coffee Cheese Cake - Menu ini juga menjadi pilihan abam kaw kerana selalunya kita biasa dengan coklat cheese cake tetapi kali ini sesuatu kelainan menjadi coffee cheese cake. Rasa coffee nya yang tidak paht dan ditambah dengan masam-masam cheese menjadikan ianya suatu kombinasi yang sangat padu. 

Bread & Butter Pudding - RM 7.90
Bread & Butter Pudding - Puding roti yang dipanggang elok dan digabung dengan sos custard yang boleh dikatakan manis-manis buah. Roti yang digunakan adalah sangat elok untuk kesihatan.

Apa yang boleh abam kaw katakan, makanan yang disajikan memang sangat mementingkan bab kesihatan dan sangat sedap. Semua yang dihidangkan memang memenuhi citarasa tekak abam kaw ni. Pilihan abam adalah Bread & Butter Pudding, Coffee Cheese Cake, Carrot Cake dan Soft Shell Crab + Ham Cheese Bake Egg Rice.
Terima kasih kepada  restoran Signature Cafearo by Yves kerana menarima kehadiran kami rakan blooger ke restoran dan menyajikan makanan yang sangat sedap. 

Bagi mereka yang ingin mencuba makanan yang abam cadangkan, korang semua boleh ke alamat berikut:

SIGNATURE CAFEARO BY YVES
C-G-03A, 1 Shamelin Shopping Mall,
100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-9286 6811

Waktu Operasi :
10.00 pagi - 10.00 malam

You Might Also Like

2 komen

  1. Nice.... kalau makan diorang punya dessert tu macam menarik je gayanya....

    ReplyDelete
  2. Menu yang ditawarkan ekslusif dan menarik.

    ReplyDelete