Tasik Chini | Tasik Seribu Rahsia


Tasik Chini | Tasik Seribu Rahsia | Pertama kali melangkah ke LAKE CHINI RESORT ini, perasaan adalah sangat teruja dengan kehebatan nama tasik itu sendiri yang sudah gah dikenali. 

Terima kasih kepada LAKE CHINI RESORT kerana menyediakan kemudahan penginapan yang selesa buat abam kaw dan rakan media lain. Sebenarnya abam kaw berada disini adalah kerana bersama-sama dengan pelajar-pelajar dari UIA bagi program KEMBARA AKAR BUDI di Pekan Pahang. 

Lake Chini Resort
Bagi abam kaw, resort ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu kerana persekitaran yang sangat mengasyikkan dan kurang gangguan. Memang sangat tenang laa bila berada disini. 

Apa bila melangkah masuk kedalam bilik yang disediakan, abam kaw ala-ala malu-malu kucing kerana dekorasi yang disediakan buat kami memang ala-ala orang nak berbulan madu. Dengan deko tuala yang menyambut kehadiran kami ni sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu. 

Secara keseluruhannya persediaan bilik yang disediakan adalah memenuhi keselesaan dan mungkin boleh ditingkatkan kepada siaran tv yang boleh dikatakan agak sedih. 

Keadaan bilik penginapan
Untuk pengetahuan semua, kami diberikan penginapan disini dengan tujuan untuk membuat liputan mengunakan media sosial yang ada seperti instagram & facebook dan tidak lupa bagi media mainstream, mereka akan membuat liputan untuk stesen masing-masing bagi program yang dibuat oleh pelajar-pelajar UIA ini dan sekaligus membuat keunikan Tasik Chini ini. 

Secara jujur, ini adalah kali pertama abam kaw berada disini dan pernah berharap untuk sampai kesini suatu masa dulu. Alhamdulillah impian menjadi kenyataan bila diberi peluang untuk sampai kesini. 

Jeti Tasik Chini
Secara kesuluruhan, Tasik Chini menyediakan tempat penginapan yang selesa dan bagi pencinta dunia memancing, tasik ini menyediakan segala yang korang inginkan seperti berkayak, camping, jungle tracking juga disediakan disini.

Selain melakukan aktiviti berikut, korang juga berpeluang untuk melihat beberapa kesan yang mungkin misteri ekoran daripada kisah Naga Tasik Chini yang penuh misteri. 

Bila orang tanya abam mengenai misteri Tasik Chini ini, apa yang boleh abam katakan, dimana-mana lokasi akan ada makhluk-makhluk lain yang sama-sama berkongsi dengan kita. Janji kita pandai 'menghormati' mereka dan tidak mengganggu serta tidak membangga diri bila berada ditempat orang. 

Pemandangan yang sangat cantik
Untuk merasai pengalaman disini, korang boleh lawati laman sesawang mereka di www.lakechiniresort.com untuk sebarang info.

Terima kasih kepada LAKE CHINI RESORT kerana sudi menerima abam kaw dan semua team media didalam trip kali ini. 


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 komen

  1. cantik ada rainbow...
    tpt ni ada momok ek huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. syok nye ko. skrang makin tegar dr aku. lg byk join sana sini. aku yg dah tak aktif. kalau de event area bangi nk join tau. ajak aku !

    ReplyDelete