U-Cafe | Lokasi Makan Pilihan

Wednesday, May 07, 2014


U-Cafe | Lokasi Makan Pilihan | Kepada yang dah follow abam kaw di instgram atau pun di facebook, mesti dah tau tempoh hari abam kaw ni telah dijemput untuk joint food review oleh seorang hakak blogger ni namanya EIDA BAHAROM [Link]. Lokasi terjah food review kali ini adalah di RESTORAN U-CAFE yang terletak di pusat membeli belah WANGSA WALK MALL. Terima kasih kepada Restoran U-CAFE kerana sudi menerima kehadiran abam kaw dan blogger-blogger lain. 

U-CAFE
Apa yang boleh abam katakan, Restoran U-CAFE ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang ingin membuat gathering atau pun untuk berdating mahu pun berjumba sambil makan-makan bersama sahabat handai. 

Untuk pengetahuan semua cawangan Restoran U-CAFE mempunyai 2 cawangan iaitu di Sungei Wang Plaza dan restoran ini terletak di Wangsa Walk Mall ini adalah restoran HALAL dan mereka mempunyai sijil halal yang disahkan oleh pihak JAKIM. So tiada istilah ragu-ragu dengan persembahan makanan disini.

Dekorasi yang menekankan konsep simple dan minimalis
Selain menyediakan makanan di restoran, mereka juga turut menyediakan pakej private party dimana korang boleh membuat tempahan mengikut tema apa yang korang mahukan dan mereka akan lakukan dekorasi mengikut tema korang secara PERCUMA.

Bagi mereka yang ingin membuat kenduri atau pun apa jua majlis, mereka juga menyediakan perkhidmatan katering dengan harga yang cukup istimewa. 

Dinding yang ditulis dengan pelbagai jenis menu menjadi hiasan
Bagi abam, dekorasi mereka yang sangat kemas dan tidak semak sangat sesuai bagi mereka yang suka sesuatu yang santai. 

Selain menyediakan ruang berhawa dingin, mereka juga menyediakan ruang yang tidak berhawa dingin diluar yang sesuai bagi mereka yang ingin mereokok atau pun untuk mengambil angin luar. 

Ruang penyediaan minuman dibahagian atas restoran
Apa yang boleh abam kaw katakan, Restoran U-CAFE ini boleh menajdi lokasi lepaking sekiranya menyinggah ke Wangsa Walk Mall. 

Apa menu yang menjadi pilihan abam kaw di Restoran U-CAFE ini, nantikan entri seterusnya nanti. 

You Might Also Like

5 komen

  1. Setuju dengan kata kata abam.. bhahahahaha.. U-Cafe memang sangat selesa untuk lepak lepak... :3

    ReplyDelete
  2. Tempatnya yang ekslusif. Harap ada dapat melihat menu-menu yang menarik.

    ReplyDelete
  3. ni food review ala carte yg paling byk hidangannya kan..hehehe

    ReplyDelete