ArtSphere @ The Atmosphere, Seri Kembangan | Laman Lukisan Hidup

Friday, June 20, 2014


ArtSphere, Seri Kembangan | Laman Lukisan Hidup | Sejak kebelakangan ini banyak tempat-tempat telah dijadikan lokasi mural yang sangat menarik. Lukisan dinding telah menjadi trend terkini dek kerana nilai seni yuag dipaparkan kearah yang lebih baik. Tiada istilah vandalism  untuk lukisan dinding ini. 

Seperti abam kaw tahu, Penang adalah lokasi yang banyak terdapatnya lukisan dinding mural yang memaparkan pelbagai jenis motif lukisan bertemakan identiti pelukis yang mengambil bahagaian seperti lukisan kereta, motosikal, basikal, arca dawai dan pelbagai jenis alatan perabut lama dan sebagainya.

Terbaru di ARTSPHERE @THE ATMOSPHERE , SERI KEMBANGAN menjadi lokasi lukisan dinding ini. Terletak berdekatan dengan Giant, Seri Kembangan menjadikan lokasi ini satu lagi tarikan untuk dikunjungi.

Bersama lukisan yg sangat cantik
Terdapat lebih 80 lukisan dinding yang sangat cantik dan semestinya lekihatan hidup untuk dinikmati oleh setiap pengunjung. Rata-rata lukisan yang ditonjolkan adalah berbentuk 2D dan 3D serta kelihatan betul-betul asli.

Antara lukisan yang ada
Dah kata sampai 80 lukisan, koraang pasti teruja dengan segala apa yang ditonjokan disini.

Untuk pngetahuan korang, untuk masuk kesini TIADA BAYARAN dikenakan kepada pengunjung dan korang hanya perlu berjalan untuk mencari-cari lukisan disebalik dinding-dinding yang terdapat disini. Walaupun tidak dikenakan bayaran, korang perlu keluarkan sedikit peluh untuk berjalan. Huhuhu.

Mencuba untuk beraksi
Naahhh, macam mana? Korang rasa teruja? Yess semua lukisan ini sangat menarik dan sangat berwarna-warni. Tapi kalau korang rasa sendiri barulah korang akan tahu bagaimana abam kaw rasa sepanjang jelajah kesini. 

Bersama blogger ATIKAH, MAWARDI & IZWAN
Bagi abam kaw secara peribadi, abam suke dengan semua lukisan steet art disini. Abam sangat-sangat berpuas hati dengan lukisan ini kerana boleh beraksi dengan pelbagai gaya mengikut apa yang dipaparkan disini. Bagi sesiapa yang ingin melihat sendiri street art disini, korang boleh ke alamat berikut: 

ArtSphere @ The Atmosphere, Seri Kembangan
1-3 Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

GPS Coordinate
N 2° 58.952’ E 101°39.767’

Phone No
03-8942 3663

Website

Facebook

You Might Also Like

5 komen

  1. woww.. menarik ni :)
    thanks 4 sharing ;)

    ReplyDelete
  2. cantik yer lukisan2 dia....hebat tau :D

    ReplyDelete
  3. pernah pergi tempat ni,memang syok habis
    tak larat nk bergambar, haha

    http://penaberkala.blogspot.com/2014/01/artsphere-atmosphere-seri-kembangan-80.html

    ReplyDelete
  4. haaa ini yang nak pergiii tapi tak pergi2 padahall sikit punya dekatt dengan rumahh huhuhuhuhu

    ReplyDelete