Le Geo Art Restaurant Setiawangsa | Lukisan Sebuah Restoran

Monday, June 30, 2014



Le Geo Art Restaurant Setiawangsa | Lukisan Sebuah Restoran | Berlokasi berhampiran dengan LRT Setiawangsa, Le Geo Art Restaurant, Setiawangsa menjadi lokasi food review abam kaw dan beberapa rakan blogger lain. Lokasi yang abam rasa sangat strategik dengan kemudahan pengangkutan seperti ini menjadikan tarikan untuk pengunjung datang dan merasai makanan disini.

Le Geo Art Restaurant, Setiawangsa menyediakan ruang makan yang sangat kondusif kepada para pengunjungnya samada diluar mahupun didalam restoran. Kedua-duanya adalah sangat selesa. 


Ruang makan diluar restoran
Kerusi santai bersila
Decorasi didalam restoran
Berkonsepkan restoran & kesenian, Le Geo Art Restaurant cuba menampilkan platform bagi penggemar lukisan atau sebarang bahan kesenian untuk dipamerkan disini. Orang kata bukan saja datang untuk makan, tetapi kita boleh menjamu mata dengan apa jenis kesenian dan mungkin kita boleh membeli nilai seni tersebut sebagai koleksi. 

Kata pemilik restoran ini, apa yang cuba mereka sampaikan adalah sesuatu yang lain dari yang lain berbanding dengan restoran yang sedia ada. Mereka percaya setiap daripada penunjung mungkin mempunyai minat terhadap lukisan dan Le Geo Art Restaurant adalah tempat yang menyediakan platform seperti itu.

Antara lukisan yang dipamer untuk jualan
Pelbagai jenis gaya lukisan
Lukisan hebat
Kebanyakkan nilai seni yang ada di restoran ini adalah jensi lukisan. Untuk pengetahuan semua, lukisan yang dihantar kepada lihak restoran ini adalah lukisan yang rata-rata dari penutut dalam bidang lukisan. Maka harga yang dikenakan adalah harga yang mampu milik berbaloi dengan hasil kerja yang diberikan. 

Untuk pembaca blog abam kaw ni haa yang begitu aktif menghasilkan hasil lukisan yang cantik tapi tidak tahu kemana untuk diterjemahkan atau dikormersialkan, Le Geo Art Restaurant, Setiawangsa adalah jawapan untuk itu. 

Nahhh dah selesai berjalan-jalan didalam restoran, tibalah masanya untuk melihat menu-menu yang ohsem daripada Le Geo Art Restaurant, Setiawangsa. Secara peribadi abam kaw sangat-sangat suka dengan menu yang boleh dikatakn kearah fusion dimana makanan barat yang diberi nafas timur. 

Fried Noddle Chicken Chop
Deep Fried Russet Potato with Spring Onions, Smoked Chicken Sandwich, Deep Fried Otak Otak, Cheese roll with sausage
Italian Omelette 
Portugal Chicken Rices
Nasi Lemak Chicken Rendang
Fried Noddle Mushroom
Cheese Baked Chicken Chop Rice
Nasi Lemak
Nasi Goreng Tomyam
White Sauce Chicken Slice Spaghetti 
Antara blogger yang hadir
Akhir kata, terima kasih kepada pemilik Le Geo Art Restaurant, Setiawangsa kerana sudi menerima abam kaw dan beberapa rakan blogger dan media lain untuk merasai makanan yang dihidangkan disini. 

Add caption
Bagi korang yang ingin merasai makanan yang sangat enak dan melihat hasil lukisan ini, korang boleh ke:

LE GEO ART RESTAURANT
1-G, Jalan Jelatek 1, Jelatek Business Centre,
54200 Ampang, Kuala Lumpur


Instagram: #legeoartrestaurant #legeo

You Might Also Like

3 komen

  1. meriah dulu tempat rnr satay...apatah lupa nama kedai ni. ok tak makanan dia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan dia kta sini okay ,price affordable and sedap ,i worked here before so i knew the quality :)

      Delete
  2. sedapnyee abamm.. ape ke sengalnyee aku niiii baca entry makan siang siang harii hahahahhahaa

    ReplyDelete