Lombong Bijih Timah, Sungai Lembing, Pekan Pahang | Lombong Tontonan Umum

Wednesday, June 18, 2014





Lombong Bijih Timah, Sungai Lembing, Pekan Pahang | Lombong Tontonan Umum | Sungai Lembing, Pekan Pahang pernah menjadi sebuah kawasan perlombingan bijih timah yang sangat terkenal kerana lombong yang terbesar dan terdalam di Asia Tenggara selepas Bolivia. 

Tempoh hari patik dan beberapa rakan media lain telah diberi peluang untuk merasai pengalaman berada didalam sebuah bekas lombong yang pernah digunakan secara aktif lebih 100 tahun yang lalu semasa lawatan media pati bersama pelajar UIA ke Daerah Pekan Pahang. Pengalaman yang abam kaw rasa sangat menakjubkan keranan ianya adalah tempat dimana lokasi yang pernah dilalui oleh pelombong bijih timah bawah tanah suatu ketika dahulu. 

Dengan hanya RM30 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak, korang boleh merasai pengalaman bermula dengan menaiki keretapi lokomotif untuk masuk kedalam dan juga merasai sendiri pengalaman berada didalam terowong yang sangat aktif dengan kerja-kerja cari gali dahulu. 

Bayaran yang dikenakan
Sebelum memasuki kedalam terowong, korang akan berehat-rehat sambil menonton sedikit pengenalan yang disediakan oleh pihak terowong sambil menunggu keretapi yang akan membawa pengunjung kedalam terowong tersebut. 

Ruang menunggu
Keretapi yang direka lebih kurang keretapi yang mengangkut bijih ini digunakan untuk mengangkut pengunjung kedalam terowong. Untuk pengetahuan semua, keretapi ini hanya akan membawa korang semua kedalam terowong lebih kurang 500 meter sahaja. 

Keretapi lokomotif yang akan membawa pengunjung masuk
Bila berada dimuka pintu masuk terowong korang akan merasai suatu angin yang seakan-akan penghawa dingin datang dari pintu masuk ini. Jangan terkejut kerana angin yang muncul itu bukan daripada penghawa dingin yang dipasang didalam terowong ini, tetapi ianya adalah hasil daripada lubang-lubang angin yang dikorek oleh pelombong bijih dahulu. Betul, ianya sangat nyaman sama seperti penghawa dingin biasa. 

Terowong yang berfungsi sebagai penyambung
Untuk pengetahuan semua lorong-lorong yang terdapat didalam lombong bawah tanah ini adalah 100% menggunakan tenaga menual iaitu dengan mengorek dan tidak menggunakan leupan untuk membuka laluan.

Sebelum masuk kedalam terowong ini, abam kaw menyangkakan keadaan adalah agak panas kerana tiada ruang pengudaraan yang baik. Tetapi sebaik sahaja melangkah masuk kedalam terowong ini, korang akan merasakan angin yang sangat-sangat nyaman yang datang daripada laluan angin yang dibina oleh pelombong untuk mengelakkan kepanasan semasa bekerja.  

Antara lubang angin disini
Sepanjang perjalanan masuk kedalam laluan, korang dapat melihat peninggalan dan kesan-kesan yang ditinggalkan oleh pelombong antaranya laluan pejalan kaki yang selesa dan akhirnya diberi sentuhan baru demi keselamatan pengunjung yang ramai. 

Ruang pejalan kaki yang sudah dibaik pulih. Kredit pic EDEEN 2012 [Link]
Korang jangan risau kerana pihak penjaga juga tidak mengusik beberapa bahagian untuk memberi rasa dan pengunjung boleh melihat keadaan asal terowong lombong yang dibina oleh pelombong.

Terowong yang asli masih dijada rapi. Kredit pic EDEEN 2012 [Link]
Segala informasi lombong telah dipaparkan dengan menggunakan papan-papan info yang diletakkan sepanjang perjalanan didalam terowong lombong ini. Bila abam kaw baca dan cuba membayangkan apa yang berlaku didalam lombong ini, terasa sangat susah pada zaman tersebut dan lombong ini menyimpan semua kisah-kisah itu. 



Papan info yang menceritakan kisah lombong ini
Sebagai penutup, korang sendiri boleh saksikan beberapa artifak bekas alatan yang masih lagi berfungsi elok untuk pengunjung cuba seperti keretapi kayuh yang diguakan untuk mengangkut batuan timah dan juga lif yang pernah digunakan didalam lobang terowong suatu ketika dahulu. Korang sendiri boleh bayangkan bagaimana keadaan didalam lubang terowong itu bila belihat segala barang-barang ini. 

Keretapi kayuh yang pernah digunakan dan masih lagi berfungsi elok
Lif yang pernah digunakan suatu masa dulu
Akhir kata, abam kaw sangat-sangat teruja dengan segala informasi yang diterangkan dan dengan segala apa yang dipamerkan disini. Memang agak terkesan bilamana lubang terowong ini adalah lombong yang tersenarai antara lombong yang terdalam dan terbesar di asia tenggara. 

Bagi sesiapa yang datang ke kawasan Sungai Lembing Pahang, jangan lupa untuk melawat ke Lombong Bijih Timah, Sungai Lembing yang terletak betul-betul didalam pekan di daerah Pekan Pahang. Korang pasti akan teruja dengan apa yang disajikan. 

You Might Also Like

2 komen

  1. banyak kisah sejarah dari lombong bijih timah ni kan...

    ReplyDelete