Tagal Sungai Moroli | Kisah Ikan Kelah



Tagal Sungai Moroli | Kisah Ikan Kelah | Berlokasi di Tagal Sg. Moroli, Kg. Luanti Rabu, Ranau abam kaw dan beberapa rakan media telah dibawa untuk merasai pengalaman spa ikan disini.

Untuk pengetahuan semua, perjalanan kesini memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kundasang. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak.

Penerangan oleh Encik Jeffrin
Apa yang diberitahu oleh pemilik tempat ini iaitu Encik Jeffrin Majangki, spa ikan disini adalah berlainan spa ikan disemenanjung kerana kebiasaannya spa ikan yang diginakan di semenanjung adalah daripada jenis anak-anak ikan tetapi disini, pelbagai jenis ikan seperti ikan kelah akan bekerja sebagai 'tukang urut'disini.

Makanan jenis palet diberikan bertujuan untuk memanggil ikan-ikan ini
Untuk memudahkan memanggil ikan-ikan disini, makanan jenis palet akan diberikan supaya mudah mereka menghurungi kita. Ada beberapa jenis ikan disini yang dikatakan masing-masing punyai tugas masing-masing. Ada yang akan mengurut depan badan, ada yang mengurut balakng badan dan ada juga yang bekerja sebagai tukang urut dibahagian kaki. 

Mandi bersama ikan
Sekiranya korang berpeluang untuk mandi bersama ikan-ikan disini, korang boleh merasai bagaimana ikan -ikan ini menjalankan kerja mereka sebagai tukang urut. Terdapat lebih 4000 ekor ikan dan lebih 4 species ikan yang mungkin akan datang bersama untuk mengurut. Untuk pengetahuan semua, ikan-ikan ini telah dijinakkan oleh staf disini supaya mereka jinak untuk berurusan dengan pengunjung disini. 

Spa ikan
Abam kaw hanya sempat untuk merendam kaki sebab tak bawak pakaian mandi bagi merasai bagaimana tukang urut ini menjalankan kerja mereka. Memang sangat teruja dek gigitan serta nyonyotan manja yang dibuat oleh ikan-ikan ni.

Bagi mereka yang ingin merasai spa ikan ni, boleh laa berkunjung ke Tagal Sungai moroli, Ranau Sabah ini. Korang akan merasai sesuatu yang berlainan disini. 

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. Seronoknya spa ikan..wauuuuu...tp berani dengan tidak je sbb spa ikan ni mmg real...besor ikannya haaaaaaa hehhe

    ReplyDelete