TUNE HOTEL KLIA2 | Parti Baju Tidur

Thursday, June 12, 2014




TUNE HOTEL KLIA2 | Parti Baju Tidur | Kesinambungan dari entri abam kaw sebelum ini yang bertajuk TUNE HOTEL KLIA2 | Pengalaman Merah Hitam Putih [Link] yang lalu dan ini abam kaw sambung balik kisah abam kaw berada di TUNE HOTEL KLIA2 tempoh hari.

Abam kaw telah dijemput untuk menikmati malam didalam majlis yang berkonsepkan Parti Baju Tidur sebagai meraikan pembukaan cawangan baru bagi rangkaian TUNE HOTEL ini sekaligus memberi peluang kepada semua jemputan untuk merasai pengalaman bermalam dihotel yang ditawarkan oleh mereka. 

Dekorasi majlis
Untuk pengetahuan semua, tema ini dipilih adalah kerana sesuai dengan konsep 'hotel' yang menjadi lokasi santai dan tempat tidur. 

Bersama geng blogger lain. Kredit pic BLOG BUDAK PACAK [Link]
Sebelum majlis bermula pada sebelah malam, kami mengambil peluang untuk mengambil gambar sekitar hotel dan juga sekitar majlis ebelum bermula. Tempat yang disediakan adalah sangat santai dan memang mengikut tema. Abam kaw sangat suka.

Kemeriahan parti baju tidur
Ramai yang hadir pada malam tersebut sangat seronok dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Sesuatu yang sangat jarang-jarang berlaku dengan tema BAJU TIDUR. 

Pakaian tidur terbaik akan memenangi percutian 5 hari 4 malam ke Melbourne, Australia untuk 2 orang. Yesss sangat lumayan hadiah yang ditawarkan. Pemenang pada malam tersebut adalah peserta yang memakai pakaian jepun ni haa.

Antara pakaian tidur terbaik. Kredit pic GENG LEPAK [Link]
Selain merasai kemeriahan tersebut, kami pun sempatlah ke booth karitaur untuk melukis wajah kami menjadi lukisan karikatur. Yesss abam kaw sangat-sangat seronok kerana ini adalah pertama kali untuk melikus karikatur. 

Ruangan lukisan kartun
Ini adalah hasil lukisan karikatur yang dilukis oleh abang pelukis yang sangat berbakat. Sangat-sangat unik hasil kerja mereka. HEBAT !!!

Gambar kami yang dikartunkan
Sempat juga abam kaw dan blogger-blogger lain bergambar kenangan bersama orang kuat majlis malam ini iaitu Jocelyn yang menjemput kami untuk hadir kesini. TQ Jocelyn yeee.

Bersama Jocelyn org kuat majlis. Kredit pic BLOG BUDAK PACAK [Link]

Goodies beg dari TUNE HOTEL KLIA2
Apa pun kami semua sangat seronok dengan kemudahan dan apa yang disberikan oleh TUNE HOTEL KLIA2 sepanjang 2 hari 1 malam kami disini. Sangat-sangat best hotel ini. Kalau korang nak tengok kemeriahan kami sepanjang majlsi tersebut, korang boleh hashtag #roomerhasit dan korang pasti teruja dengan kisah kami disini.


You Might Also Like

3 komen

  1. Bju tidur pun blh ye. Aci tak klu buat photoshoot outdoor gitu? Huihuihui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. km dh ronda pakai baju tidur pusing 1 KLIA2 siap lepas event tu haa. uhuhuhuh

      Delete
  2. erk.... malu laaaa... ada banyak bekas kesan air liur basi... gagagagaga

    ReplyDelete