Majlis Iftar | Pak John Steamboat & BBQ Bersama eWana.FM



Majlis Iftar | Pak John Steamboat & BBQ Bersama eWana.FM | Alhmadulillah selesai majlis iftar bersama anak yatim dan majlis pelancaran album hari raya artis-artis eWana.FM pada 10 Julai 2014 tempoh hari. Majlis yang sangat meriah telah dihadiri oleh ramai rakan blogger dan juga rakan-rakan artis.

IMG_7164
Majlis pelancaran albun hari raya. Kredit pic KAIO [Link]
Abam kaw sempat menghadiri majlis tersebut dan ramai rakan blogger dari pelbagai latar belakang turut hadir dimajlis ini. Memang sangat meriah dan boleh abam kaw katakan sebuah majlis yang berjaya.

Bersama rakan blogger
Untuk pengetahuan semua restoran ini telah mendapat sijil HALAL dan mempunyai 2 cawangan iaitu di Wangsa Walk Mall Avenue & E-Curve Damansara. Jadi korang boleh pilih mana yang dekat dengan lokasi korang. Bagi abam, abam kaw suka lagi dekat e-curve. Hehehehe.

Sebelum abam bercerita makanan apa yang meletop di restoran ni, ni abam kisahkan keadaan disini. Restoran yang dihias glamor dengan kombinasi hitam dan merah menjadikan restoran ini sebuah restoran yang abam kaw secara peribadi sangat suka. Keadaan yang sedikit suram-suram menjadikan keadaan menjadi sedikit romantik jika makan bersama pasangan. Hehehehe

Keadaan restoran secara keseluruhan
Kelainan Restoran Pak John Steamboat & BBQ ini terletak pada sup yang dihidangkan. Untuk pengetahuan semua, terdapat 6 jenis sup yang sangat-sangat berlainan dari tempat lain ada disini seperti sup tulang, sup tomyam, sup kari, sup miso, sup ayam dan TERBARU adalah sup udang. 

Pelbagai jenis sayuran
Pebagai jenis bebola dan juga makanan laut lain
Selain makanan ini, restoran ini juga menyediakan makanan lain sempena ramadhan seperti rendang ayam, rendang daging, nasi pulut sumbat dengan inti sambal udang kering, sayuran tempura, manisan bubur ramadhan. Kesemuanya memang terbaik !!!

Sepanjang ramadhan ini, Pak Johan Steambiat & BBQ mengenekan bayaran dengan hanya RM39++ sekepala dan korang boleh makan apa jua makanan yang dihidangkan disini kerana mereka mengamalkan konsep ALL YOU CAN EAT

Berlainan dari restoran lain, air yang dihidangkan adalah pelbagai dan abam yakin tidak seperti restoran-restoran lain yang menghidangkan air yang biasa-biasa jee. Terbaik kerana mereka menyediakan air panas yang sangat-sangat ohsem !!!

Pelbagai jenis air sejuk & panas
Bagi kanak-kanak (abam pasti yang dewasa pun) akan menggemari ais krim potong yang mereka sediakan. memang unik dan sangat-sangat berlainan. Abam jeee makan sampai 3 batang ais krim potong.

Pelbagai perasa ais krim potong
Kemeriahan majlis ini boleh korang saksikan pada video ini:




Bersama Manager Pak John Steamboat & BBQ
Secara keseluruhan majlis iftar ini sangat meriah dan berharap kemeriahan ini dapatlah kita berkongsi bersama yang tidak berkempuan. Terima kasih Pak John Steamboat & BBQ bersama eWana.FM atas jemputan dan penganjuran ini. 

Bagi sesiapa yang ingin merasai kelainan berbuka puasa dengan konsep steamboat & BBQ, abam kaw sangat cadangkan restoran ini sebagai lokasi korang untuk berbuka boleh kealamat berikut:

PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya, Malaysia

Website: www.pakjohn.com

Facebook: PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ

Instagram: #pakjohn





Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 komen

  1. lama NAL tak jengah sini.. best dapat berkumpul ramai-ramai kan AFA.. :)

    ReplyDelete
  2. fuhhhh sedap2 betol ! part eskrem potong tu xleh tahan T______T

    ReplyDelete