Bayou Lagoon Park Resort, Melaka | Resort Taman Tema Air





Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka | Resort Taman Tema Air | Berlokasi di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka, abam kaw dan beberapa rakan blogger lain telah diberikan peluang oleh Bahagian Komunikasi & Publisiti Tourism Malaysia dan Majalah Santai Travel untuk merasai pengalaman menginap di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka ini bagi sesi jelajah cuti-cuti 1 Malaysia. Sebuah lagi cerita pengalaman yang ingin abam kaw kongsi disini. 

Hotel yang tertaraf 4 bintang yang lokasinya  lebih kurang 20 minit dengan Bandar Warisan Dunia  menjadi salah satu daya tarikan tarikan untuk pengunjung datang untuk bermalam disini selain kelebihan yang mereka ada iaitu taman tema air. 

Penginapan di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

Untuk edisi percutian kali ini, abam kaw telah diberikan bilik yang jenis STUDIO ROOM BESERTA JAKUZI. Bagai nak terpitam bila abam kaw diberitahu berkenaan bilik ini. Yesss memang sangat hebat bilik ini dan pertama kali secara peribadi abam kaw merasai bilik seperti ini.  

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan
Keadaan bilik
Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan
Ruang tamu & ruang makan yang sangat luas
Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan
Katil single yang boleh dirapatkan
Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan
Keadaan bilik mandi
Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan
Set jakuzi didalam bilik mandi
Secara peribadi abam kaw sangat suka dengan dekorasi yang disediakan didalam bilik ini dan yang paling seronok bila set jakuzi disediakan didalam bilik mandi boleh dijadikan sebagai tempat merehatkan diri.

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan
Kredit gambar dari Bayou Lagoon Park Resort, Melaka
Selain bilik jenis STUDIO ROOM, Bayou Lagoon Park Resort, Melaka juga mempunyai bilik jenis 2 BEDROOM APARTMENT, 3 BEDROOM APARTMENT dan juga 3 BEDROOM PENTHOUSE. Untuk pengetahuan semua resort ini menyediakan bilik jenis penthouse yang terbaik di Melaka. 

Kemudahan di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

Selain tempat penginapan yang hebat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka, mereka juga memiliki taman tema air yang pertama di Melaka. Kalau korang ingin tahu, idea ini telah di ilhamkan oleh CEO Bayou Lagoon Park Resort, Melaka iaitu, Encik Seow Cheng Swee yang telah membawa sesuatu kelainan yang menjadikan Bayou Lagoon Park Resort, Melaka antara lokasi pilihan pengunjung kerana selain menyediakan penginapan yang indah, taman tema air meraka juga adalah yang terbaik. 

Bagi yang menginap di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka, TIADA caj yang dikenakan untuk bermain di taman tema air ini. Tapi bagi orang luar yang ingin memasuki taman tema air ini caj yang dikenakan bagi dewasa adalah RM20, bagi kanak-kanak adalah RM15, bagi warga tua (55 tahun keatas) dikenakan sebanyak RM10 dan PERCUMA bagi kanak-kanak yang mempunyai ketinggian bawah 3 kaki.

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan
Taman tema air. Kredit gambar www.bayoulagoon.com.my 
Selain taman tema air yang menyeronokkan, Bayou Lagoon Park Resort, Melaka terut menyediakan teater berkonsep 9D dimana anda semua boleh merasai pengalaman teater 9D sekali dengan kesan khas yang disediakan seperti sebenar. Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM15 sekepala

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan
Teater 9D. Kredit gambar www.bayoulagoon.com.my 
Disini juga turut disediakan ruangan indoor games dimana token untuk bermain boleh ditukar dengan menggunakan mesin tukaran wang yang disediakan sebelum masuk kedalam ruangan ini. 

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan
Ruangan indoor games. Kredit gambar www.bayoulagoon.com.my 
Selain itu, Bayou Lagoon Park Resort, Melaka turut menyediakan ruangan untuk bersenaman. Bagi mereka yang ingin mengggunakan kemudahan gym, mereka juga menyediakan ruangan gym yang sangat selesa untuk digunakan oleh pengunjung.
 
Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan
Kemudahan gym. Kredit gambar www.bayoulagoon.com.my 
Informasi berkenaan Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Fauzi Aryaan

Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Bayou Lagoon Park Resort, Melaka, korang boleh ke alamat berikut:

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka
Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort,
Jalan Wakaf Utama, 
75450 Bukit Katil,
Melaka.

Tel: 06-233 0888
Fax: 06-253 3876



Terima kasih kepada Bayou Lagoon Park Resort, Melaka kerana memberi peluang kepada abam kaw dan rakan blogger lain untuk merasai pengalaman menginap di resort terbaik ini dan terima kasih kepada Bahagian Komunikasi & Publisiti Tourism Malaysia dan Majalah Santai Travel atas jemputan ini. 

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 komen

  1. Bila abam kaw dah promo..

    Meletop2 pap pap pap Bayou Lagoon ni nanti... hahaha :D

    ReplyDelete
  2. waah... menarik juga bayou lagoon ni.. akan consider untuk menginap di sini jika ke Melaka bersama keluarga.. nice!!

    ReplyDelete
  3. ida bookmark entry abam ni yekk .. nnti ida nk ke melaka dok carii gak mana hotel besttt nii. heheheh

    jemput ke entry baru ida, almaklumlaaa bloglist rosak. ape pun tak boleh laa... hukhuhuk

    http://www.idabaharum.com/2014/08/laman-grill-kajang.html

    ReplyDelete
  4. menarik nih...ada kid's club...boleh try turun melaka lepak situ selama ni tau ada waterpark kecil2an je tu :)

    saya dah tukar link...jemput singgah yer http://bitttravel.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. best gila naik gelongsor simpang-siur kat sini
    next time boleh pi lagi ni

    ReplyDelete
  6. Ada gym tu..mmg boleh masuk senarai cuti cuti mesia la ni..

    ReplyDelete