D'Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner | Mee Udang Sedap

DLaila Mee Udang  Mee Udang Sedap Fauzi Aryaan

D'Laila Mee Udang | Mee Udang Sedap | D'Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner yang bertempat di MMA Santai Corner Nilai, abam kaw dan beberapa blogger lain telah mencuba menu yang sejak dua menjak ni semakin popular dikalangan blogger iaitu MEE UDANG.

Jadi dengan kesempatan yang ada, kami telah menuju ke D' Laila Mee Udang @MMA Santai Corner yang terletak didalam kawasan medan selera MMA SANTAI CORNER, NILAI

Yang best di D'Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner

DLaila Mee Udang  Mee Udang Sedap Fauzi Aryaan

Apa yang best di D' Laila Mee Udang @MMA Santai Corner ? Nahhh korang boleh tengok banner tu haa. Semua yang disenarai tu semuanya sangat-sangat segar ok. Abam kaw ni jenis boleh rasa makanan laut tu segar atau tidak & makanan laut yang dihidangkan di D' Laila Mee Udang @MMA Santai Corner adalah segar dan tidak mengecewakan.

DLaila Mee Udang  Mee Udang Sedap Fauzi Aryaan
Mee Udang saiz L & cili jeruk
DLaila Mee Udang  Mee Udang Sedap Fauzi Aryaan
Coconut shake
Makanan pilihan abam kaw kali disini adalah koay teaw udang bersaiz L dan coconut shake special untuk sesi food review kali ni. Untuk pengetahuan korang semua, walaupun yang glamour disini adalah MEE UDANG, tapi korang boleh tukar mee dengan yang lain seperti bee hoon, koay teaw. 

DLaila Mee Udang  Mee Udang Sedap Fauzi Aryaan
Bersama makanan
DLaila Mee Udang  Mee Udang Sedap Fauzi Aryaan
Bersama rakan blogger lain
Secara peribadi, abam kaw sangat suka dengan rasa udang kerana mereka menghidangkan udang yang sangat segar dan rasa manis udang tu sangat terkesan pap pap pap didalam mulut.

Lokasi D' Laila Mee Udang @MMA Santai Corner 

Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke D' Laila Mee Udang @MMA Santai Corner , korang boleh menggunakan khidmat waze dengan mencari MMA Santai Corner, Nilai yang sudah tersedia dengan lokasi yang tepat. 

DLaila Mee Udang  Mee Udang Sedap Fauzi Aryaan
MMA Santai Corner, Nilai
Pelbagai makanan yang korang boleh cuba disini kerana MMA SANTAI CORNER menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman pada harga yang sangat berbaloi. 

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 komen

  1. Terkeliur hakak tengok udang tu berenang2 ice cream terjojol kat ats coconut shake..
    Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..
    Sedap yeeeeee..

    ReplyDelete