BREAKOUT | Permainan Yang Mencabar

Thursday, September 11, 2014

BREAKOUT Permainan Yang Mencabar Fauzi Aryaan

BREAKOUT | Permainan Yang Mencabar | Pernah merasai pengalaman dikurung dan cubaan untuk melepaskan diri dari kurungan?

BREAKOUT adalah jawapan kepada pengalaman seperti ini. Pengalaman yang sangat suspen dan sangat dramatik malahan boleh abam katakan sebagai pengalaman disituasi sebenar bila berada disini. 

Berlokasi di BREAKOUT Avenue K KLCC, abam kaw dan beberapa rakan blogger lain telah dijemput untuk merasai pengalaman dan keterujaan untuk bermain dengan permaian yang mencabar ini. Terima kasih kepada Majalah AsiaHorizon atas jemputan 

Keistimewaan Breakout

BREAKOUT Permainan Yang Mencabar Fauzi Aryaan

BREAKOUT ini menawarkan permainan dengan meletakkan konsep filem dan lakonan didalamnya dan ditambah espek 'real life escape game' menjadikan ia seolah-olah sebuah jalan cerita yang sebenar. 

Untuk pengetahuan semua, konsep ini adalah yang pertama di Malaysia dimana gabungan lakonan dan jalan cerita disatukan supaya permaian ini kelihatan hidup dan pemain akan merasai seperti didalam keadaan sebenar yang memberikan sebuah pengalaman yang sangat mengujakan.

Terdapat 5 buah bilik yang boleh dipilih oleh pengunjung iaitu THE GREATEST MURDER OF WESTWOOD, MR OSWALD’S GREATEST SHOW, CHAMBER OF HOCUS, THE INFINITY dan PROJECT FALLOUT

BREAKOUT Permainan Yang Mencabar Fauzi Aryaan
Penyelesaian masalah didalam permainan BREAKOUT
THE GREATEST MURDER OF WESTWOOD (TAHAP KESUKARAN : 5/5)

Seorang mayat rentung dijumpai di dalam tab mandi dengan kesan simbol pelik. Simbol ini menandakan bahawa ianya kes bunuh dan bukannya kemalangan. Anda dan rakan-rakan adalah detektif yang perlu mencuba menyelesaikan jenayah yang membingungkan ini!

BREAKOUT Permainan Yang Mencabar Fauzi Aryaan
Kerjasama amat penting
MR OSWALD’S GREATEST SHOW (TAHAP KESUKARAN : 4/5)

Mr. Oswald adalah boneka bertali terkenal yang diberi nyawa oleh seorang pembuat boneka misteri. Kejahatan Mr Oswald ini, membuatkan si pembuat boneka tersebut akan mendedahkan identiti sebenarnya. Namun,  ia bukan semudah yang disangka….

BREAKOUT Permainan Yang Mencabar Fauzi Aryaan
Persoalan yang perlu diselesaikan
CHAMBER OF HOCUS (TAHAP KESUKARAN : 3/5)

Mr. Hocus seorang penipu terkenal yang telah mencuri berjuta-juta dolar dari orang kaya untuk diberikan kepada orang miskin. Di setiap tempat kejadian, timbulnya sekeping daun terup, Siapa Hocus?? Anda harus mengungkai identitinya!

BREAKOUT Permainan Yang Mencabar Fauzi Aryaan
Hanya pembayang yang diberikan
THE INFINITY (TAHAP KESUKARAN : 3/5)

Sebuah bilik empat segi yang dibahagikan ini tiada batasannya. Cubalah cari jalan keluar. Biarpun nampak ringkas tetapi ruang yang penuh muslihat dan kelicikan ini akan mencabar kecerdikan anda!

PROJECT FALLOUT (TAHAP KESUKARAN : 2/5)

Sekumpulan ahli kimia yang hebat dalam pembuatan bom telah dicari pihak FBI dan ditangkap. Hanya dengan menggunakan pembayang yang ada disekeliling untuk melepaskan diri supaya tidak mati didalam makmal yang sudah dipang bom. Selesaikan segala pembayang untuk lepas dari tahanan. 

Bagi setiap bilik, setiap kumpulan pemain akan diberi jalan cerita masing-masing dan masa selama 45 minit untuk menyelesaikan persoalan. Setiap bilik boleh dimainkan seramai 6 orang maksimum dan 2 orang minimum dan setiap tema bilik akan diberi watak untuk setiap seorang. Kerjasama diantara semua pemain sangat-sangat penting bagi membantu menyelesaikan persoalan ini. 

Dengan hanya bayaran RM38 sekepala korang dapat merasai keterujaan dan pengalaman yang sangat-sangat berlainan disini. Boleh abam katakan kita akan bertindak seperti detektif yang berlakon didalam drama CSI MIAMI, CSI NEW YORK tu haa. Hehehe

Lokasi Breakout 


Bagi mereka yang gemar permaian yang berkonsepkan sebegini, korang boleh menghubungi mereka:

BREAKOUT
 L2-16, Level 2, Avenue K, 
156 Jalan Ampang, 
50450, Kuala Lumpur


Instagram: @breakout_malaysia


BREAKOUT Permainan Yang Mencabar Fauzi Aryaan
Bersama rakan blogger lain
Terima kasih kepada pihak BREAKOUT kerana menerima kehadiran abam kaw dan rakan blogger lain dan terima kasih juga kepada Majalah AsiaHorizon kerana menjemput untuk merasai pengalaman bermain disini. 

You Might Also Like

0 komen