Cabaran 30 hari | Hari 2 - 5 Cara Memenangi Hati Ahmad Fauzi Aryaan

Tuesday, September 02, 2014


5 Cara Memenangi Hati Ahmad Fauzi Aryaan

Cabaran 30 hari | Hari 2 - 5 Cara Memenangi Hati Ahmad Fauzi Aryaan | Hahahaha segan pulak abam nak coretkan entri untuk hari ke-2 untuk cabaran 30 hari berkenaan diri abam kaw ni haaa.

Baiklah untuk cabaran hari ke-2 ini, abam kaw diberikan topik berkenaan 5 cara memenangi hati Ahmad Fauzi Aryaan. So korang diluar sana, mehh sini abam kaw beritahu 5 benda yang membuatkan abam kaw senang.

#1 HUMOR DALAM KOMUNIKASI

Perkara yang akan menyenangkan abam kaw adalah mempunyai sedikit sifat humor dalam komunikasi. Bagi abam sekiranya ada sedikit humor dalam komunikasi, sesi sembang-sembang akan menjadi lebih santai dan rasa pelik antara kita tidak akan wujud.

#2 PEMBERSIH

Keadaan bersih menjadi pilihan setiap orang. Begitu juga dengan abam kaw ni haa. Abam suka kalau seseorang tu pembersih dan kelihatan presentable tak kira dimana. Sebenarnya abam bukan memilih dalam berkawan, tetapi sekiranya sikap ini ada, ianya menjadi bonus dalam hubungan sesama manusia dan semestinya korang yang ade sikap pembersih ini akan disenangi oleh semua orang termasuklah abam sayam kaw ni haaa.

#3 PEMAAF DAN PEMBERI MAAF

Abam sangat suka dengan orang yang bersifat pemaaf dan pemberi maaf dengan kata lain tidak ego. Susah sekiranya sifat ego yang sangat tebal didalam diri. Tipulah kan kalau korang tiada ego. tapi ego yang meninggi tu membuatkan hubungan akan menjadi semakin jauh dan akhirnya akan terputus. Abam secara peribadi cuba menjadi pemaaf dan memberi maaf kepada semua orang dan abam akan senang dengan orang yang bersifat demikian. 

#4 TERIMA KASIH

Perkataan yang kadang kala menjadi perkataan yang paling susah disebut iaitu terima kasih. Perkataan keramat inilah kadang kala tidak disebut menjadikan segala bantuan atau pertolongan akan menjadi tidak ikhlas dan akan menjadi sifat berkira akan muncul. 

Abam sangat suka orang yang mengucapkan terima kasih sekiranya bantuan atau pertolongan yang diberikan walaupun pertolongan itu terlalu kecil. Bagi abam sekiranya dengan memberi ucapan terima kasih tu, bantuan kita yang kecil ibarat abam sudah beri bantuan yang sangat penting. Huhuhu

#5 MAKAN

Haaaa yang ini abam kaw memang sangat suka. Cara memenangi hati abam adalah dengan membawa atau memperkenalkan abam dengan lokasi makan atau menu yang baru untuk abam kaw cuba. Kiranya sesuai laaa abam ko menjadi TRAVEL. FOOD & LIFESTYLE blogger. 

Makan-makan juga tapi kesihatan juga abam akan cuba untuk dititkberatkan. Memang sedap makan dimasa muda ni, tapi kena beringatlah yee sebab kita bukan muda sampai bila-bila. So beragak-agak didalam industri makanan ini. 

Yessss demikianlah sedikit info berkenaan 5 Cara Memenangi Hati Ahmad Fauzi Aryaan yang abam kongsikan dengan pembaca abam. Semoga sedikit perkongsian ini boleh menjadi proses ingat mengingati antara kita.

You Might Also Like

8 komen

  1. Perhatian awek2 nak ngorat abam pap pap ni kena senyum n pandai gurau2 skit ye jgn garang macam singa hahahhahah

    ReplyDelete
  2. ok jap, nak salin dalam buku 555
    mudah nk memenangi hati abam pap pap pap nanti. kbai

    ReplyDelete
  3. Larissss~~~~ good luck for the next task! #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari

    ReplyDelete
  4. yess lepas ni boleh lah memenangi hati seorang abam pap pap pap ! ahaha!

    ReplyDelete