Cendol Sedap | Cendol Jam Besar Melaka


Cendol Jam Besar Melaka Fauzi Aryaan

Cendol Sedap | Cendol Jam Besar Melaka | Jika singgah ke Klebang, Melaka coconut shake menjadi pilihan orang kita kesana. Siapa yang tidak datang untuk merasai coconut shake Klebang memang tidak lengkap kunjungan korang kesana. 

Tetapi bila sebut cendol sedap, dekat mana lokasi yang sangat sempoi dan sedap?? Bila singgah ke Bandar Melaka atau lebih tepat di kawasan jam besar bangunan merah dan juga Jongker Walk, Cendol Jam Besar Melaka menjadi pilihan untuk melepaskan dahaga tekak. 

Keunikan Cendol Jam Besar Melaka

Apa yang menarik dengan Cendol Jam Besar Melaka ini?? Keunikan bagi abam kaw sendiri dengan cendol sedap ini adalah lokasi yang sedap mata memandang dan juga keadaan sekeliling bersebelahan dengan sungai dan ditambah dengan pelbagai jenis cendol yang telah dinaiktaraf menjadi cendol yang sedikit moden.

Pelbagai jenis cendol sedap yang disediakan
Korang tengok jee laa menu yang tertera. Semuanya sangat-sangat mengiurkan tekak. Hehehe. Abam dan rakan lain sempat merasai keenakan cendol sedap disini dan rata-rata memilih cendol ais krim.

Cendol Jam Besar Melaka Fauzi Aryaan
Begitu khusyuk dengan cendol sedap

Lokasi Cendol Jam Besar Melaka

Cendol Jam Besar Melaka Fauzi Aryaan
Masa untuk makan
Bagi mereka yang ingin merasai cendol sedap ini, korang boleh ke Cendol Jam Besar Melaka dialamat berikut:
Cendol Jam Besar Melaka
Jalan Laksamana, 
Bandar Hilir, 75000 Melaka

Landmark: Jongker Walk & Bangunan merah di tengah Bandar Melaka

Secara keseluruhan, abam kaw berpuas hati dengan cendol sedap ni. Korang mesti cuba yeee sekiranya sampai ke Negeri Melaka. 

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen