Classique Koir Kebangsaan Malaysia | Menggegar Di Auditorium DBKL

Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan

Classique Koir Kebangsaan Malaysia | Menggegar Di Auditorium DBKL | Bertempat di Auditorium DBKL telah berlangsung Konsert Classique Koir Kebangsaan Malaysia anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara yang memsembahkan lagu-lagu yang bergenre klasik barat dan juga timur oleh 40 orang koir dari kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia. Konsert ini akan berlangsung pada 20 & 21 September 2014

Abam kaw berkesempatan untuk melihat sendiri kemeriahan yang berlaku disana. Sebenarnya ini adalah kali pertama abam melihat persembahan secara langsung didepan mata. Perasaan adalah sangat-sangat teruja dan membayangkan sesuatu yang terbaik. 

Kemeriahan Konsert Classique Koir Kebangsaan Malaysia

Didalam majlis tersebut telah diadakan majlis pelancaran album Koir Kebangsaan Malaysia, Voice of Harmony yang menampilkan 11 buah lagu antaranya Puteri Santubung, Lancang Kuning, Kopi Susu dan banyak lagi dimana harga RM20.00 sebuah. 

Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Majlis pelancaran Album Koir Kebangsaan Malaysia. Kredit pic DIKBEE
Antara yang turut hadir semasa pelancaran tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPK, Datuk Ghaffar A Tambi dan Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli.

Koir Kebangsaan Malaysia Menggegar  Di Auditorium DBKL

Didalam Konsert Classique ini, Koir Kebangsaan Malaysia mempersembahkan rangkaian 22 buah lagu-lagu daripada klasik melayu seperti inang, zapin, keroncong dan joget serta klasik barat yang terdiri daripada lagu era renaissance hingga ke era romantik.

Rangkaian Lagu Klasik Barat

Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia
Mereka ini telah dilatih oleh jurulatih vokal yang tershor iaitu Shafinaz Selamat, penyanyi bersuara soprano terkemuka Malaysia dan dibantu oleh Pengarah Koir Kebangsaan Malaysia sendiri iaitu Tunku Marina Tunku Dato' Zubir serta Amri Zane sebagai jurulatih dan konduktor bagi kumpulan ini.

Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Gabungan 4 orang berpadu suara
Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Kehebatan lontaran suara perseorangan
Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan

Bagi segmen pertama, lagu klasik barat yang meraka bawakan adalah seperti Funiculi Funicula, Weep you no more, Sad Fountains, Les Filles De Cadix, Brautgesang, Susanna or via sortite dan banyak lagi. Kesemua lagu yang mereka dendangkan adalah sangat terbaik dengan susuanan suara yang harmoni bagaikan didalam hayalan abam kaw rasa.

Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Kehebatan suara ditambah dengan sedikit sketsa didalam persembahan

Rangkaian Lagu Klasik Melayu

Kesemua lagu yang dibawa oleh mereka ini telah dipilih dan diteliti serta digubah semula dengan muzik yang lebih segar untuk disesuaikan dengan vokal Koir Kebangsaan Malaysia itu sendiri. Jadi tiada istilah pelik akan kedengaran sewaktu persembahan berlangsung.

Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Puteri Ledang
Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Dia Datang
Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Bentan Telani
Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Medley Masri Manis dan Inang Tua
Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Joget Selambak
Bgai rangkaian lagu klasik melayu, Koir Kebangsaan Malaysia ini telah membawa beberpa lagu daripada koleksi klasik ini seperti Puteri Ledang, Dia Datang, Jalak Lenteng dan Joget Hitam Manis, Sayang di sayang, Bentan Telani dan banyak lagi.

Kesimpulan Classique Koir Kebangsaan Malaysia

Apa yang abam kaw boleh simpulkan disini adalah konsert yang sangat hebat ini telah membuatkan abam berada didalam dunia khayalan sebentar dek vokal harmoni mereka yang mengalunkan sebnyak 22 buah lagu daripada genre klasik barat dan juga klasik melayu sungguh mengasyikkan. 

Kami sebagai penonton turut terhibur dengan kebudayaan barat melalui pemakaian orang melayu dan juga rentak lagu melayu asli serta visual dan grafik yang sangat menarik sepanjang persembahan.

Pendek kata abam sangat-sangat terhibur dan sangat-sangat teruja dengan kehebatan vokal yang dimiliki oleh 40 orang ahli Koir Kebangsaan Malaysia ini. 

Koir Kebangsaan Malaysia Fauzi Aryaan
Bersama rakan blogger lain
Terima kasih abam ucapkan kepada Cik Paris Ashikin dari Majalah Destination Malaysia kerana menjemput kami sama-sama untuk merasai pengalaman menghayati persembahan koir ini dan juga Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara kerana menerima kehadiran kami sepanjang majlis berlangsung.

Bagi anda yang ingin menonton persembahan Classique Koir Kebangsaan Malaysia ini, anda semua boleh terus ke Auditorium DBKL dan terus mendapatkan tiket yang berharga RM30, RM20 dan RM10 disana. 
 
CEPAT...KERANA MALAM INI ADALAH MALAM TERAKHIR PERSEMBAHAN !!!

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 komen

  1. siyes aku ingat koir ni just dok dalam barisan dan cuma nyanyi je... hahaha

    ReplyDelete
  2. SANGAT TERUJA

    Abam jangan #TakHajak next time tau!

    ReplyDelete