Jenama Kasut XES | Majlis Perkenalan Duta XES

Kasut XES Fauzi Aryaan


Jenama Kasut XES | Majlis Perkenalan Duta XES | Bertempat di XES Premium Outlet yang terletak di Hicom-Glenmarie Industrial Estate Shah Alam, abam kaw dan beberapa rakan media telah dijemput untuk kesebuah majlis perkenalan dan menandatangani suatu kontrak sebagai Duta bagi sebuah jenama kasut buatan tempatan iaitu XES.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi XES
Jenama kasut XES ini adalah bukan sebuah jenama asing bagi penghasilan kasut di Malaysia kerana mereka telah berada didalam pasaran Malaysia sejak 2002. Berpegang pada tagline "Superior Comfort for Happy Feet" menjadikan sesiapa yang memakainya akan merasai keselesaan bila menggayakannya.

Perkenalan Jenama Kasut XES

Bila memasuki premis jenama kasut XES ini, abam kaw bagaikan dirasuk apa bila melihat pelbagai jenis kasut dan juga beg. Malangnya tiada beg bagi lelaki dijual disini. Kesemua yang dipamerkan ini adalah sangat cantik dan memang menepati citarasa abam kaw yang suka sangat mencuba sesuatu dalam fasyen.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Keadaan premis XES
Pelbagai jenis kasut daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak turut dipamerkan disini dengan harga yang sangat berpatutan dan sesuai. Memang kalau abam banyak duit abam akan rembat sebarang dua untuk kolksi disini. Wowww sangat rekaan kasut mereka.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Pelbagai jenis kasut wanita
Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi kasut santai wanita
Selain menekankan konsep rekaan dan harga yang berpatutan, disini abam nak tekankan lagi bahawa rekaan bagi jenama kasut XES ini adalah hasil buatan tangan, tahan lasak, tapak yang tidak licin dan yang paling penting adalah jenama kasut XES ini adalah hasil buatan Malaysia.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi kasut lelaki
Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi Sandal
Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi kasut formal
Sehingga kini jenama kasut XES telah dibuka dibanyak cawangan serata Malaysia dan dianggarkan lebih kurang 80 premis jenama kasut XES ini. Jadi bagi pembaca blog abam kaw ni, korang sudah boleh mula untuk mencari-cari dimana jenama kasut ini.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi kasut kanak-kanak

Majlis Perkenalan Duta XES

Selain perkenalan dengan jenama kasut XES ini, majlis ini adalah bertujuan untuk memperkanalkan duta bagi jenama kasut XES ini. 

Kasut XES Fauzi Aryaan
Pengacara majlis
Majlis ini diacarakan oleh PR Manager bagi jenama kasut XES mereka iaitu Cik Sabrina Quigley Chin yang juga merangkap pelayan kami sepanjang majlis berlangsung. Abam suka cara beliau melayan kami dengan begitu mesra sekali. TQ Miss !!

Kasut XES Fauzi Aryaan
Cik Mik Pun bersama pengarah XES
Akhirya duta bagi jenama kasut XES telah diumumkan. Beliau adalah  Cik Miko Pun Chiew Yoek. Untuk pengetahuan semua Cik Miko ini baru berusia 22 tahun dan pernah menyertai Miss Global International Malaysia 2014. Memang sesuai laaa beliau dilantik sebagai duta bagi jenama ini kerana beliau bagi abam sudah cukup pakej untuk menjadi seorang duta.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Selesai sesi perkenalan duta XES
Sebagai duta jenama kasut XES, beliau akan mendapat banyak keistimewaan diantaranya ialah kontrak bernilai RM16,000 termasuk RM 1000 tunai ketika majlis menandatangan sebagai Miss XES Elegant 2014 / 2015, pemberian kasut bernilai RM3,600 selama setahun dan RM3,900 untuk iklan di dalam media massa. Bertuah Miss Miko menjadi duta bagi jenama ini.

Hadiah kasut XES

Selesai majlis perkenalan dengan duta bagi kasut XES ini, kami para blogger dibenarkan untuk membuat pemilihan 1 pasang kasut bagi lelaki dan wanita samada kasut atau beg tangan untuk dibawa pulang sebagai hadiah dari jenama kasut XES ini. 

Kasut XES Fauzi Aryaan

Bagai mengantuk disorongkan bantal bila pengumuman begitu diberikan. Woww !!! Jadi kami semua pun masing-masing bergeges untuk memilih rekaan kasut supaya rekaan yang dipilih tidak menjadi pilihan orang lain. Hehehee.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Masing-masing sedang sibuk. Kredit MAWARDI
Masa yang diberikan kami gunakan dengan sebaik mungkin kerana boleh dikatakan semua rekaan kasut XES ini adalah cantik-cantik belaka dan yang paling penting ianya sangat selesa.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Bersama rekaan kasut masing-masing. Kredit MAWARDI
Abam kaw juga tidak melepaskan peluang untuk mencari dan mencuba beberapa jenis rekaan dan akhirnya sepasang kasut santai telah abam pilih untuk dibawa pulang.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Blogger bersama duta XES dan juga PR Manager bagi jenama kasut XES. Kredit MAWARDI
Apa pun abam ucapkan terima kasih kepada rakan blogger KitePunye kerana menjemput kemajlis ini dan ribuan terima kasih kepada Miss Sabrina kerana menerima kehadiran kami semua rakan blogger ke premis jenama kasut XES ini sekaligus ke majlis perkenalan duta XES ini.

Bagi sesiapa yang ingin melihat sendiri koleksi rekaan dari jenama kasut XES ini, korang boleh singgah di HQ outlet dialamat berikut:

XES PREMIUM
No. 2 Jalan Angkasawan U1/39
Sec U1,Hicom Glenmearie Industrial Estate.
40150 Shah Alam


Email: info.xesshoes@gmail.com

Telefon: 03-55695743

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 komen