Malam Anugerah Santai | Iktiraf Semua Pihak

Friday, September 05, 2014

Malam Anugerah Santai Fauzi Aryaan

Malam Anugerah Santai | Iktiraf Semua Pihak | Bertempat di Hotel Flamingo Jalan Ampang, abam kaw dan beberapa rakan blogger telah dijemput menghadiri majlis Malam Anugerah Santai anjuran Anita Entertainment & Production Sdn Bhd (AEP).

Majlis gilang gemilang ini menghimpunkan ramai selebriti tanah air seperti Nasir Wahab, Mamat Ifa Raziah, Ani Mayuni, Pian Cecupak, Poey Stings, Ayu Oim, Zack Kool, Ika Razman, Kelly Azman, Gaya Zakry, Ayati Tasrip, Azmir Ariff , Salimah Mahmud, Normah Damanhuri, Norlia Ramlie, Amran Nasarudin dan ramai lagi.

Malam Anugerah Santai Fauzi Aryaan
Penyampaian hadiah
Tujuan majlis Malam Anugerah Santai

Majlis ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada mereka dari pelbagai pihak yang selama ini banyak memberi sokongan kepada program Santai Selebriti & Media yang bercorak reakrasi dan riadah yang bermula sejak 2008. 

Program Santai Selebriti & Media ini adalah sebuah program bertemakan pelancongan domestik sambil menyatukan silaturahim membabitkan pengamal media seperti wartawan dan jurugambar dengan anak seni dalam aktiviti lawatan ke lokasi pelancongan dan bersejarah serta aktiviti berkonsep santai.

Malam Anugerah Santai Fauzi Aryaan
Mamat Exist
Program anjuran AEP ini kini menjejaki edisi ke-50 dan sudah mengadakan lawatan di pelbagai lokasi pelancongan di seluruh negara. Selain penglibatan artis secara langsung,  penyertaan penggiat pelancongan seperti pengusaha hotel, resort, motel, inap desa dan pihak penaja turut memeriahkan majlis. 

Malam Anugerah Santai Fauzi Aryaan
Persembahan artis
Anugerah bagi Malam Anugerah Santai 

Sebanyak 30 trofi penghargaan bagi Malam Anugerah Santai disediakan bagi menghargai mereka yang banyak memberi komitmen sepanjang majlis Santai Selebriti & Media yang berlangsung yang diacarakan oleh 3 orang selebriti yang cukup gamat iaitu Chef Yang Jamil, Khaty Azean dan Roslan Shah
 
Malam Anugerah Santai Fauzi Aryaan
Nasir Wahab
Selain penyampaian anugerah, persembahan daripada artis segar malar iaitu Nassier Wahab, Hail Amir, Yantzen dan Mamat Exists. Rata-rata persembahan mereka masih menyengat seperti diawal penglibatan mereka didalam industri.

Malam Anugerah Santai Fauzi Aryaan
Persembahan Lagu Merdeka
Sebelum tamatnya majlis anugerah ini, persembahan istimewa bersempena Hari Kemeredekaan ke-57 dilakukan dengan mendendangkan lagu yang bercorak kemerdekaan.

Malam Anugerah Santai Fauzi Aryaan
Bersama rakan blogger dan rakan media lain
Ribuan terima kasih abam ucapkan kepada rakan abam kaw ni haaa, Jurugambar Majalah AROMA, Faris El Azhar dan Editor Majalah Aroma kerana mengundang abam kaw dan rakan blogger lain ke majlis ini. 

You Might Also Like

0 komen