Penyampaian Hadiah Pemenang Jus Mangga PRAN | Sebuah Majlis Penghargaan

Thursday, September 25, 2014


Penyampaian Hadiah Pemenang Jus Mangga PRAN | Sebuah Majlis Penghargaan | Tempoh hari abam kaw telah dijemput untuk sama-sama dalam meraikan suatu pertandingan minum dan menang yang dianjurkan oleh jenama yang tak asing lagi di Malaysia iaitu JUS MANGGA PRAN yang dimiliki oleh Syarikat Pinnacle Foods Sdn Bhd

Majlis penyampaian hadian pemenang jus mangga pran ini telah diadakan di Sri Damansara Coffee House dengan sangat meriah yang dihadiri oleh para pemenang dan juga rakan media & blogger. 

Rangkaian Produk PRAN

Jus mangga Pran
Seperti kebiasaanya, jus mangga pran ini adalah yang menjadi pilihan abam kaw memandangkan produk ini yang kerap abam kaw nampak di pasaraya di Malaysia. Tetapi abam kaw silap kerana dibawah jenama PRAN itu sendiri terdapat banyak rangkaian produk PRAN yang abam kaw sendiri baru ketahui.

Rangkaian produk jenama PRAN
Untuk pengetahuan semua, rangkaian produk PRAN ini telah mendapat perakuan HALAL daripada JAKIM. Jadi tiada istilah was-was kepada pengguna terhadap jenama ini. 

Pelbagai jenis minuman
Rangkaian produk PRAN ini bukan sahaja terdiri daripada jus minuman, malah mereka mengeluarkan pelbagai jenis produk termasuklah rempah masakan, biskut, air isotonik tenaga dan juga produk manisan untuk kanak-kanak. Boleh dikatakan rangaian produk PRAN ini menepati pilihan pengguna di Malaysia. 

Rempah masakan juga turut dipasarkan
Produk daripada jenama PRAN ini boleh korang semua dapati di kedai-kedai runcit terpilih dan hypermarket seperti Tesco, Aeon Big, Sogo, Preto, SegiFresh dan Jaya Grocer. Memang jenama PRAN ini sangat mudah didapati sejak dua menjak ini. 

Penyampaian Hadiah Pemenang Jus Mangga PRAN


Selain sesi perkenalan kepada rangkaian produk PRAN, majlis utama pada hari tersebut adalah majlis penyampaian hadia pemenang jus mangga PRAN

Majlis penyampaian hadiah
Sebanyak lebih kurang 25 hadiah mingguan telah diberikan kepada para pemenang dimana hadiah mingguan adalah wang tunai sebanyak RM 100 dan 3 hadiah utama yang terdiri daripada telefon pintar dan hadiah utamanya sebuah televesyen yang bersaiz 40 inci turut dimenangi. 


Majlis penyampaian hadiah pemenang jus mangga PRAN ini rata-rata meluahkan rasa sangat berpuas hati. Mana tidaknya dengan hadiah yang mereka menangi tu memang sangat berbaloi. Hanya dengan minum dan menang !!!


Apa pun terima kasih kepada blogger UJANG kerana menjemput abam kemajlis ini dan kepada pihak PRAN juga kerana menerima kami sebagai tetamu dimajlis ini. 

Wowww sekejap dengan hadiah pemberian dari PRAN yang sangat hebat. Lepas ni korang semua boleh cuba dapatkan dan rasai sendiri apa yang abam kaw rasa. 




Oh sebelum tu, bagi korang yang ingin info berkenaan rangkaian produk PRAN, korang boleh ikuti PRAN di:


Instagram: jusmanggapran

You Might Also Like

1 komen