An Evening With Romanian Radio National Orchestra | Menggegar Dewan Philharmonic Petronas KLCC

Wednesday, October 01, 2014


An Evening With Romanian Radio National Orchestra | Menggegar Dewan Philharmonic Petronas KLCC | Bila peluang untuk menyaksikan persembahan orkestra yang bertaraf antarbangsa ditambah dengan persembahan didalam sebuah dewan yang juga bertaraf antarabangsa adalah sebuah pengalaman yang abam kaw sendiri tak pernah bayangkan. Memang abam kaw sendiri tidak akan melepaskan peluang yang diberi. 

Tempoh hari abam kaw telah diberi peluang untuk menghadiri sebuah persembahan orkestra yang dipersembahkan oleh Romanian Radio National Orchestra diketuai oleh konduktor mereka iaitu Maestro Tiberiu Soare.
An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Bersama tiket masing-masingKonsert An Evening With Romanian Radio National Orchestra

Konsert An Evening With Romanian Radio National Orchestra

Penonton akan dibuai dengan muzik live daripada pemuzik profesional Romania selama lebih kurang 2 jam. Lagu-lagu yang dibawa oleh mereka ini adalah lagu-lagu klasik dinegara mereka, Romania. 

Untuk pengetahuan semua, undang-undang disini sama seperti di Istana Budaya dimana penonton tidak dibenarkan untuk merekod sebarang gambar atau video. Mujur kawan abam kaw sempat menggunakan teknik sorokkan dan ini jee laa gambar yang mampu abam 'curi'. Huhu..

Pentas utama MPO
Pemuzik mengambil tempat
Turut hadir bersama kami untuk menonton konsert An Evening With Romanian Radio National Orchestra ini adalah Menteri Penerangan, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Chek, Menteri Komunikasi dan Multimedia
   
An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Bersama YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Secara keseluruhan, ini adalah pengalaman pertama menonton persembahan orkestra secara langsung depan mata lebih-lebih lagu dengan persembahan konsert An Evening With Romanian Radio National Orchestra ini. 

An Evening With Romanian Radio National Orchestra
bersama rerakan #MemekMukaPenari
An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Pengalaman bersama Dewan Filharmonik Petronas
Terima kasih kepada Cik Paris Ashiqin dari Majalah Destination Malaysia dan juga Kedutaan Romania kerana menjemput kami untuk sama-sama merasai pengalaman menonton persembahan An Evening With Romanian Radio National Orchestra ini. 

Gambar kredit : DIKBEE

You Might Also Like

0 komen