MATIC FEST 2014 | Aktiviti Manfaat Bersama Keluarga

Tuesday, October 28, 2014


MATIC FEST 2014 | Aktiviti Bermanfaat Bersama Keluarga | MATIC FEST 2014 kembali lagi selepas kejayaan mengadakan MATIC FEST 2013 tahun lalu. Pelbagai acara telah diadakan bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan tapak LANAI, MATIC Kuala Lumpur. 

Kali ini MATIC FEST 2014 kembali menggegarkan Kuala Lumpur dengan pelbagai aktiviti yang abam kaw rasa korang pasti akan tertarik dan akan turut serta untuk program kali ini. Bagi mereka yang ingin mengunakan perangkutan awam, LRT KLCC adalah jalan terbaik untuk sampai kesini. Memang mudah !!

Lokasinya yang bersebelahan dengan Restoran Saloma Bistro menjadi landmark bagi lokasi ini. 

Aktiviti Menarik Di MATIC FEST 2014

Apa yang menarik di MATIC FEST 2014? Haaa ni haaa abam nak cerita ni. Aktivitinya termasuklah kejohanan paintball, X-games, treasure hunt, tamiya mini 4D dan banyak lagi. 

Ini ada abam kaw sediakan senarai aktiviti yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 31 Oktober 2014 sehingga 2 November 2014.


Jadi jom luangkan masa untuk ke MATIC FEST 2014 bertempat di LANAI, MATIC Kuala Lumpur bermula 31 Oktober 2014 (Jumaat) sehingga 2 November 2014 (Ahad). Sudah tentu banyak aktiviti bermanfaat disediakan disini untuk anda dan keluarga. 

Untuk keterangan lanjut tentang program ini, korang boleh hubungi:

Malaysia Tourism Center (MATIC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-9235 4800 / 03-9235 4848
Fax : 03-2162 1149

www.matic.gov.my

You Might Also Like

0 komen